Selasa, Disember 30, 2008

Pameran : HIJRAH

Pameran terakhir untuk tahun 2008 ini telah diadakan pada hari Isnin, 29 Disember 2008 iaitu Hari Cuti Umum bagi negeri Johor & yang sewaktu dengannya sempena Sambutan Maal Hijrah.

Pameran keenam anjuran kami & penutup bagi kalendar 2008 ini telah disertai oleh 9 orang pelukis :

Nazir, Taib, Ismail Attan, Md Noor Rahman, Norazlan Ahmad, Ilshah Shahbir, Omar, Hariri & Sham.

Semoga dengan kehadiran Tahun Baru Islam ini dapat menjadi titik tolak kepada perubahan ke arah yang lebih baik untuk masa2 yang akan datang dalam merencana kelangsungan aktiviti seni Komuniti Pelukis Hutan Bandar. Amin. Kami akan terus berkarya! Salam Maal Hijrah :)

Isnin, Disember 29, 2008

Pameran : PREVIEW #2 : seni @ hutan bandar, JB

Alhamdulillah ianya telah selamat dijayakan seperti yang telah dirancang. Telah diadakan pada hari Sabtu, 27 Disember 2008 & hari Ahad, 28 Disember 2008.

Pameran kelima & edisi kedua atas nama PREVIEW ini telah berjaya menghimpunkan seramai 16 orang pelukis :

Nazir, Taib, Ismail Attan, Md Noor Rahman, Norazlan Ahmad, Ilshah Shahbir, Yahya Mohamed, Sham, Md Noor Bidin,Omar, Ramzan, Abdullah Yusof, Ade Zul, Hariri, Mohamad Nazar aka Anai & Norafizah aka Ejot.

Sambutan daripada para pengunjung sangatlah menggalakkan terutama pada hari kedua di mana turut menerima kunjungan daripada pelukis2 yang tidak turut serta tetapi tetap hadir memberi sokongan seperti Pak Sanip Lasman, Awi Aziz dari Plaza Seni, Biduan dari Sand Art Gallery, KL & ramai lagi. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Johor, Encik Mohd Ghani B. Mohd Yusof & isteri.

Selain teruja dengan pelbagai bentuk lukisan yang dipamerkan, para pengunjung turut berpeluang melihat sendiri bagaimana sesebuah lukisan itu dihasilkan menerusi demonstrasi yang dibuat oleh para pelukis yang terlibat. Urusan jual beli & tempahan juga mengambil tempat selain perbincangan & perkongsian ilmu serta pengalaman di kalangan sesama pelukis mahu pun pengunjung yang hadir telah menjadikan suasana aktiviti seni ini begitu ceria, meriah & happening!


Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga untuk masa2 yang akan datang, kita semua akan berganding bahu & sepakat sekali lagi untuk merealisasikan aktiviti2 seni yang lebih hebat!

TERIMA KASIH!!!

Isnin, Disember 22, 2008

Jumaat, Disember 19, 2008

JOHOR BUZZ NST 19 Disember 2008


ART FROM THE HEART

Muka surat 8.
Temubual oleh Jassmine Shadique menampilkan Ilshah Shahbir.

Versi online :
http://www.nst.com.my/Current_News/JohorBuzz/Friday/MyJohor/20081218162638/Article/index_html

NEW SUNDAY TIMES 30 November 2008


ART : LIFE-LIKE RELIEF!

Muka surat R21.
Temubual oleh Satiman Jamin menampilkan Norazlan Ahmad.

Versi online :
http://www.nst.com.my/Current_News/SundayPeople/article/Features/20081129204940/Article/index_html

SIN CHEW DAILY 21st May 2008

Muka surat 8.

Temubual oleh Low Sock Ken menampilkan 3 orang pelukis daripada Komuniti Pelukis Hutan Bandar iaitu Norazlan Ahmad, Ilshah Shahbir & Yahya Mohamed ketika pameran Jejak Seni pada 26 April 2008 di Hutan Bandar, JB.

Selasa, November 18, 2008

PENGUMUMAN !


CALLING FOR ENTRY !

Untuk kali yang kedua, kami akan menganjurkan Pameran Lukisan & Demonstrasi Melukis iaitu PREVIEW #2 : seni @ hutan bandar, JB. Insya Allah akan diadakan pada 27 & 28 Disember 2008 hari Sabtu & Ahad terakhir untuk tahun ini.

PAMERAN LUKISAN & DEMONSTRASI MELUKIS

PREVIEW #2 : seni @ hutan bandar, JB

Tarikh : 27 & 28 Disember 2008 > Sabtu & Ahad

Masa : 10 pagi - 5 petang

Tempat : Laman Tembusu > kawasan kaki lima & ruang yang berbumbung di dalam kawasan Bangunan Utama iaitu Pejabat Bahagian Landskap Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Untuk sebarang maklumat lanjut & kepada pelukis-pelukis yang berminat untuk turut serta boleh la terus menghubungi :

Norazlan Ahmad > 013 - 7256709 relief_painting@yahoo.com.my
Ilshah Shahbir > 012 - 3818369 ilshah_shahbir@yahoo.com

Khamis, November 13, 2008

HUTAN BANDAR


Inilah lokasi pameran & aktiviti-aktiviti seni Komuniti Pelukis Hutan Bandar iaitu kawasan kaki lima & ruang yang berbumbung di dalam kawasan Bangunan Utama iaitu Pejabat Bahagian Landskap Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di kawasan Laman Tembusu. Ini adalah wajah terbaru Hutan Bandar berbanding tahun lepas :


Maklumat daripada lembaran :

Taman Rekreasi Awam Hutan Bandar merupakan salah satu kemudahan rekreasi yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kepada semua wargakota merangkumi kepelbagaian ciri-ciri fizikal. Kemudahan yang disediakan mempunyai konsep pembangunan yang unik & senireka taman yang menggabungkan elemen rekreasi tradisi & budaya tempatan serta memelihara alam semulajadi dalam pembangunannya. Konsep mengekalkan kawasan-kawasan hijau 'Green Lungs' sebagai keseimbangan ekologi dalam arus pembangunan pesat bandar raya Johor Bahru. Pusat-pusat rekreasi sedemikian menjadi pusat tumpuan penyelidikan & rujukan dalam pemeliharaan warisan landskap.

Hutan Bandar meliputi kawasan seluas 50 ekar yang terletak di pertemuan Jalan Tasek Utara & Jalan Yahya Awal, Johor Bahru iaitu kira-kira 1.5km dari pusat bandar raya. Konsep perancangan & rekabentuk berteraskan struktur topografi, sumber air, flora & fauna yang diadun dengan ruang-ruang aktiviti serta kemudahan secara bersepadu, mula diilhamkan pembangunannya sejak tahun 1987. Dengan mendapat bantuan kepakaran daripada Unit Penyelidikan & Perundingan Universiti Teknologi Malaysia, satu ciri pembangunan yang unik telah dilahirkan. Istimewanya kawasan rekreasi ini ialah ianya masih lagi mengekalkan rupabentuk asal dengan penebangan pokok dilakukan pada tahap yang paling minima. Hasilnya adalah sebuah kawasan persekitaran yang menghijau dengan nilai estetika serta pemandangan yang indah & nyaman.

Ia berkonsepkan 'Taman Rekreasi Keluarga' dalam suasana alam semulajadi yang nyaman, selesa & harmoni. Kawasan rekreasi yang terbesar di bandar raya Johor Bahru ini mula dibina pada tahun 1993 oleh Majlis Perbandaran Johor Bahru bertujuan untuk menyediakan kemudahan rekreasi & riadah untuk pelbagai lapisan wargakota Johor Bahru. Taman Rekreasi Awam Hutan Bandar Johor Bahru telah dipilih sebagai salah satu destinasi dalam program Bandaraya Sejahtera yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WorldHealth Organisation - WHO) selain daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara Sarawak sejak tahun 1994.

Ciri-ciri & kemudahan yang terdapat di sini adalah seperti Laman Tembusu yang menempatkan bangunan pejabat Bahagian Landskap Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang bertanggungjawab untuk menguruskan kawasan rekreasi Hutan Bandar, Medan Selera yang dikenali dengan nama Gerai Atap Belian, Laman Permainan atau Children Adventurous Park, Kawasan Tasik, Tapak Perkhemahan, Taman Orkid, Surau, Tandas & sebagainya.

Pameran Pelukis-pelukis Amatur Johor : ALIRAN


Pada hari Ahad, 9 November 2008 yang lalu telah diadakan Majlis Perasmian Pameran Pelukis-pelukis Amatur Johor : ALIRAN bertempat di Galeri Seni Johor. Ianya telah selamat dirasmikan oleh Encik Mohd Ghani B. Mohd Yusof selaku Pengarah Belia & Sukan Negeri Johor.



6 pelukis daripada Komuniti Pelukis Hutan Bandar yang turut serta ialah Norazlan Ahmad, Ilshah Shahbir, M. Nazir, Taib, Md Nor Bidin & Cikgu Nasir. Pihak kami berasa bertuah & berterima kasih kepada pihak Galeri Seni Johor di bawah kelolaan Yayasan Warisan Johor. Norazlan Ahmad telah diberi kepercayaan oleh pihak galeri untuk memberi ucapan bagi mewakili para pelukis.

Pameran : JEJAK SENI

Sempena dengan Pertandingan Jejak Sains Playsmart Johor 2008, pameran Jejak Seni telah diadakan pada hari Sabtu, 26 April 2008. Pameran keempat ini telah menerima pengunjung yang lebih ramai ekoran acara pertandingan tersebut.

Seramai 8 orang pelukis yang telah menjayakannya iaitu :

Nazir, Taib, Ismail Attan, Mohd Nor Rahman, Norazlan Ahmad, Ilshah Shahbir, Yahya Mohamed & Sham.

Pameran : EKSPLORASI

Pameran ketiga ini telah diadakan pada hari Ahad, 13 April 2008. Dengan kecenderungan menggunakan pelbagai cara pengolahan & media dalam berkarya, Eksplorasi telah dipilih sebagai nama pameran.

Pelukis-pelukis yang telah turut serta ialah :

Nazir, Omar, Ismail Attan, Mohd Nor Rahman, Ramzan, Norazlan Ahmad, Ilshah Shahbir, Cikgu Nasir & pelukis dari Terengganu iaitu Encik Dzulkifli aka Pok & saudara Amat.Terdapat 10 orang pelukis yang telah turut serta.

Seperti biasa ramai orang awam yang hadir & respon yang positif terus diterima.

Pameran : DAULAT TUANKU

Pameran sempena Hari Keputeraan Sultan Johor telah diadakan pada hari Selasa, 8 April 2008 yang menjadi hari cuti umum bagi negeri Johor.

Semua karya yang dipamerkan adalah bertemakan negeri Johor. Pelukis-pelukis seramai 13 orang yang telah terlibat ialah :

Nazir, Taib, Ismail Attan, Razali, Mohd Nor Rahman, Norafizah aka E-jot, Ramzan, Norazlan Ahmad, Ilshah Shahbir, Yahya Mohamed, Sham, Md Nor Bidin (Malaysian Watercolour Society) & Cikgu Nasir dari Pontian yang turut serta sejurus tamat Majlis Penganugerahan PIS oleh Sultan Johor kepada beliau.

Ramai juga pengunjung yang hadir. Para pelukis pula seronok kerana dapat menggunakan panel pameran yang baru dibeli oleh pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Terima Kasih!

HASILNYA..

Rabu, 6 Februari 2008

Sekarang ni susulan daripada projek Norazlan Ahmad & Ilshah Shahbir pada 29 & 30 Disember 2007 yang lalu, telah wujud satu suasana seni di Johor Bahru sebagaimana yang kami harapkan. Sehingga kini, pada setiap hari Sabtu & Ahad kami berkumpul & berkarya di Hutan Bandar tersebut.

Aktiviti kami adalah berkarya & cuba mendekatkan masyarakat dengan hasil seni. Bagi kami yang penting kami dapat berkarya & masyarakat dapat mendekati & mendalami dunia seni kami. Kini pelukis Hutan Bandar telah ada seramai 16 orang. Kami terdiri daripada pelbagai tahap profesional, amatur, pelajar & peminat seni di Hutan Bandar tersebut. Hasrat kami, Hutan Bandar akan menjadi destinasi riadah seni, sesiapa pun boleh bersama kami berkarya & berkongsi ilmu dan minat. Malah boleh juga cuba untuk menjual karya sebagai percubaan untuk melihat respon khalayak terhadap karya. Sedikit sebanyak dapat memangkin diri untuk terus berkarya.

Kami telah membuat perjanjian dengan pihak Majlis Bandaraya JohorBahru supaya kami bebas berkarya dan menjual karya secara percuma.

Inisiatif yang kami ambil ialah :

1) meminta kebenaran pihak berwajib supaya tempat itu menjadi tempat pelukis berkumpul secara percuma.

2) melakukan hebahan & promosi supaya semua pelukis & juga masyarakat menganggap Hutan Bandar adalah tempat pelukis meluahkan aspirasi seninya. Tentang siapa pelukis yang akan ke sana , bila pelukis hendak melakukan demonstrasi, itu adalah inisiatif pelukis itu sendiri.

Komuniti Pelukis Hutan Bandar

itu hanyalah membawa maksud tempat pelukis berkumpul dengan satu hasrat & cita-cita yang sama. Apa aktiviti yang hendak dibuat terpulanglah kepada pelukis itu sendiri. Apa yang penting tempatnya dah ada.

Demonstrasi pada hari Sabtu & Ahad

itu terpulang kepada mana-mana pelukis pun untuk melakukannya di Hutan Bandar secara individu. Bebas tanpa perlu meminta izin sesiapa. Cuma apabila ada program yang dianjurkan kami, selalunya kami akan mempelawa pelukis-pelukis untuk berkumpul & secara berkumpulan membuat demonstrasi secara formal dengan makluman pihak MBJB, sebagaimana yang pernah kami buat sebelum ini.

Pameran : PREVIEW : seni @ hutan bandar, JB


Pameran tunggal yang telah diadakan pada 29 & 30 Disember 2007 iaitu pada hari Sabtu & Ahad terakhir bagi tahun 2007. Berkonsepkan Pameran, Demontrasi & Interaksi iaitu sebuah pameran lukisan di mana para pelukis turut membuat demonstrasi melukis & berinteraksi bukan sahaja di kalangan pelukis malah bersama para pengunjung yang hadir.

Alhamdulillah segala usaha yang dirancang oleh Norazlan Ahmad & Ilshah Shahbir telah berjaya mengumpulkan 13 orang pelukis untuk membuat pameran dan tunjukcara seni. Seorang pelukis dari Kuala Lumpur iaitu Norfazilah aka Mulan dan dua orang pelukis dari Terengganu iaitu Encik Dzulkifli dan saudara Amat, saudara Nazir dari UTM Skudai, saudara Taib dari AUR di plaza seni, Encik Omar, Encik Ismail Attan, Encik Razali, Encik Mohd Nor Rahman, Norafizah aka E-jot, Encik Ramzan, Norazlan Ahmad & Ilshah Shahbir.
YB Dato' Mohd Naim B. Nasir iaitu Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru telah sudi untuk melawat program kami. Beliau bersetuju untuk membenarkan kami terus berkarya di Hutan Bandar tersebut. Malah beliau sudi menyumbangkan RM10,000 untuk membeli peralatan yang perlu. Mulai minggu hadapan, Hutan Bandar akan menjadi tapak untuk pelukis-pelukis Johor khasnya dan semua pelukis Malaysia amnya berkarya. Semua pelukis dipelawa untuk berkarya di Hutan Bandar pada setiap hari minggu secara percuma dengan mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan untuk kesejahteraan semua.

Jutaan Terima Kasih yang tak terhingga kepada YB Dato' Mohd Naim B. Nasir, Encik Kamaluddin B. Bilal, Encik Salaha, Encik Saiful & semua para pelukis yang telah terlibat dalam menjayakan program yang penuh dengan sejarah ini. Terima Kasih juga kepada Saiful Hafiz, Wak, Ning & Mr. Lim.

Isnin, November 10, 2008

AL KISAH BERMULALAH SEJARAH..

Norazlan Ahmad & Ilshah Shahbir memulakan perkenalan ketika bertemu di dalam sebuah pameran anjuran Galeri Seni Johor sekitar awal tahun 2007. Norazlan Ahmad adalah anak kelahiran Johor merupakan seorang Guru yang mempunyai minat yang mendalam terhadap Seni. Ilshah Shahbir pula sepenuh masa sebagai Pelukis, Pereka Grafik & Illustrator untuk Is Heartwork dari Kuala Lumpur.

Atas nama persahabatan yang berkongsi minat, cita-cita, visi & usaha yang sama beberapa aktiviti seni dirancang untuk dilaksanakan. Sikap Norazlan Ahmad yang begitu minat & berusaha bersungguh-sungguh ditambah dengan pengetahuan, kemahiran & pengalaman Ilshah Shahbir telah menjadi akar kekuatan untuk merealisasikan setiap aktiviti seni yang telah dirancang.

Hasilnya beberapa siri pameran telah dapat dijayakan iaitu Pameran Pendidikan Seni Visual SK Taman Universiti (1), Pameran Relief Painting & Pameran Ilustrasi : 9899 di Festive Street Mall, Danga Bay serta Pameran Inspirasi di SMK Pasir Gudang & SK Taman Universiti (1).

Kejayaan-kejayaan awal ini telah menjadi inspirasi, pembakar semangat & penguat keyakinan untuk berusaha ke peringkat seterusnya. Hasil perbincangan demi perbincangan telah timbul idea untuk mewujudkan sebuah tempat berkumpulnya para pelukis di samping dapat berkarya & mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti seni. Hal ini perlu kerana ianya akan memberi banyak faedah & impak yang positif di kalangan golongan pelukis & anggota masyarakat di Johor Bahru khususnya.

Lokasi mula dicari & pelbagai cadangan dibuat. Tinjauan dilakukan & akhirnya pada 19 November 2007 Norazlan Ahmad & Ilshah Shahbir telah sebulat suara memilih kawasan rekreasi kelolaan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) iaitu Hutan Bandar. Berikut adalah rentetan peristiwanya :

Khamis, 23 November 2007

Pergi ke Hutan Bandar untuk membuat temujanji.

Khamis, 29 November 2007

Norazlan Ahmad berjumpa dengan Pengarah Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Johor Bahru iaitu Encik Kamaluddin B. Bilal. Niat nak minta kebenarannya untuk melukis di Hutan Bandar, sebuah pusat rekreasi di bawah kelolaannya. Kami merancang untuk mengumpul beberapa orang pelukis untuk berkarya di situ pada hari Sabtu dan Ahad. Namun berlaku sesuatu yang di luar jangkaan.

Beliau mencadangkan beberapa aktiviti melukis termasuklah pameran seni di beberapa tempat lain di bawah kelolaannya seperti di Dataran Sungai Segget, Taman Merdeka dan Jotic. Jika berjaya, Hutan Bandar boleh menjadi 'hub' untuk 'link' ke hotel-hotel di Johor khususnya. Malah beliau juga menawarkan segala kemudahan yang di perlukan untuk menjayakan aktiviti tersebut.

Beliau juga menawarkan beberapa kiosk/gerai percuma untuk 3 hingga 6 bulan untuk permulaan aktiviti. Untuk bulan seterusnya, hanya sebanyak RM50 sebulan untuk satu kiosk. Terdapat 5 buah kiosk di situ. Beliau bersetuju dengan hasrat kami untuk menyemarakkan seni lukis di Johor Bahru amnya dan di Hutan Bandar khasnya. Ada idea untuk mewujudkan satu ikon baru di Hutan Bandar tersebut sebagai satu pusat seni lukis di Johor. Kami hanya sebagai pelukis separuh masa. Kami tidak mampu untuk sepenuhnya berada di kiosk tersebut.

Lantas datang satu idea untuk menawarkan tempat tersebut kepada pelukis-pelukis lain yang berminat dan mampu berada di situ sepenuh masa. Tapi siapa? Kami mensasarkan kepada individu berminat dan mempunyai semangat yang kental untuk melaksanakannya. Kami fikir jika ada bekas pelajar seni lukis yang menganggur yang kuat semangatnya, mungkin boleh mengambil peluang ini.

Sebagai percubaan, kami merancang untuk membuat aktiviti melukis termasuklah menjual karya mungkin pada 29/12-30/12 (sabtu dan Ahad). Aktiviti tersebut sebagai percubaan kepada sesiapa pun yang mahu cuba menjual karya seninya. Cuma pada hari tersebut dia perlu berkarya di situ selain mempamerkan hasil karyanya.

Selain itu dia mungkin boleh cuba menilai sama ada hendak terus berkarya di situ atau tidak. Pada kami, kepada bekas pelajar seni lukis yang baru keluar dari mana-mana institusi pun boleh mengambil peluang ini sekiranya tiada apa-apa komitmen. Cubalah. Tempat percuma, yang perlu hanya semangat. Jika dari luar Johor tentu menuntut pengorbanan yang lebih besar untuk mencari tempat menginap. Namun itulah cabarannya.

Rabu, 12 Disember 2007

Kami berterusan mencari pelukis yang berminat untuk menjayakan aktiviti seni pertama kami di Hutan Bandar. Norazlan Ahmad telah menghubungi pihak Kraftangan Johor & bertemu dengan pelukis batik iaitu Encik Omar. Kemudian ke Galeri Seni Johor untuk mohon senarai nama para pelukis johor. Seterusnya ke Plaza Seni mempelawa saudara Taib untuk serta.

Khamis, 13 Disember 2007

Norazlan Ahmad berjumpa dengan Encik Muhamad, seorang ilustrator & kartunis sambilan untuk majalah Asuh. Dapat panggilan daripada Encik Razali yatim yang berminat & seterusnya menghubungi Encik Ismail Attan. Secara majoritinya berminat & sepenuhnya memberi sokongan untuk menjayakan aktiviti seni tersebut.

Ilshah Shahbir pula mempelawa Norafizah aka E-jot & Norfazilah aka Mulan ketika menghadiri Diploma Show mereka berdua di Politeknik Johor Bahru.

Secara kasarnya jumlah pelukis yang berminat untuk menyertai sudah cukup. Hanya tunggu hari pameran untuk merealisasikannya iaitu pameran lukisan & demonstrasi melukis PREVIEW : seni @ hutan bandar, JB pada 29 & 30 Disember 2007.