Isnin, April 26, 2010

HOLISTIK Bil.14 - MAC 2010

KOMUNITI PELUKIS HUTAN BANDAR AKTIF BERKARYA

Majalah Holistik - Ruangan Seni
Muka surat 28 & 29
Temubual oleh Hamirul Hairi Mohd Noh menampilkan Ilshah Shahbir

Jumaat, April 23, 2010

SENIKINI isu #05

Sebahagian gambar oleh Ilshah Shahbir daripada blog ini

http://komunitipelukishutanbandar.blogspot.com/2009/12/pertandingan-seni-tampak-terbuka-johor.html

telah diterbitkan untuk artikel :

PERTANDINGAN SENI TAMPAK TERBUKA JOHOR 2009 - SATU ULASAN
Senikini isu #05 - Exhibition Highlights
Muka surat 19, 20 & 21
oleh Hasnul J Saidon

Ahad, April 18, 2010

Pameran Seni : KATA + TENAGA + DUA

Pada 17 April 2010 yang lalu, Ilshah Shahbir telah berkesempatan ke Kuala Lumpur berkunjung ke beberapa studio pelukis & galeri seni. Tidak berpeluang untuk memenuhi undangan ke majlis perasmian namun dua buah pameran tersebut dapat juga dikunjungi ekoran masih lagi di dalam tempoh pameran.

Majlis perasmian pameran KATA LUHUR oleh YBhg Datuk A.Samad Said di Balai Seni Lukis Negara telah diadakan pada 9 April 2010 yang lalu sempena menyambut hari lahir beliau yang ke 75.


KATA LUHUR merupakan pameran solo kedua A.Samad Said yang memaparkan kira-kira 100 buah lukisan daripada 11 siri karya terbaru beliau. Himpunan lukisan ini adalah cerminan pengalaman A.Samad Said yang sering bergelut dengan jerih getir memperjuangkan dunia kesusasteraan yang sudah begitu sebati dengan dirinya.

Berbanding dengan siri lakaran di dalam pameran solo pertama (Daerah Samad, 2007) yang kelihatan lebih halus, gestural dan meditatif, karya-karya terbaru ini menonjolkan sapuan yang lebih perkasa, ganas dan penuh yakin seiring dengan nuansa yang menyelubungi detik-detik pengkaryaan lukisan-lukisan tersebut.

KATA LUHUR adalah rakaman visual serta catatan batin bangsa sebuah era yang sarat dengan kisah resah gelisah serta gelora seorang sasterawan dalam menongkah sebuah kehidupan, berbaur dengan pelbagai episod yang mengitari daerah bahasa dan bangsanya.

Pameran anjuran bersama Balai Seni Lukis Negara & Pelita Hati House of Art & Nur Hanim Khairuddin selaku Kurator Jemputan ini akan berakhir pada 10 Mei 2010.

Anjuran Valentine Willie Fine Art & Suraya Warden sebagai Kurator, pameran seni berkumpulan THE ENERGY TRAP :Painting & Sculpture sedang berlangsung di The Annexe Gallery, Tingkat 2, Central Market Annexe, KL. Seramai 14 orang pengkarya catan & arca iaitu Abd Latiff Ahmad Padzali, Azam Aris, Cheong Tuck Wai, Fabian Tan, Gan ChinLee, Hee Chee Way, Lim Keh Soon, Lisa Foo, Low Eng Seng, Mohd Safwan Ahmad, Saiful Razman, Samsudin Wahab, Syafiq Ali'am, Tan Chee Hon & 2 orang pengkarya graffiti iaitu Bibichun & They telah turut serta.





Kepelbagaian media, teknik, bentuk & maksud telah menjadikan setiap hasilan karya menjadi unik & mempunyai identiti tersendiri sekali gus dapat membezakan setiap pengkarya yang terlibat. Majlis pembukaan telah diadakan pada 8 April 2010 yang lalu & pameran akan berlangsung sehingga 23 April 2010.

Pada sebelah malam 17 April 2010, majlis pembukaan pameran seni arca DUALITY oleh Abd Latiff Ahmad Padzali & Mohd Radzi Ismail telah berlangsung. Simon Soon berperanan sebagai Kurator pameran yang telah diadakan di HOM(House of Matahati) Taman Cempaka, Ampang menampilkan himpunan hasil seni arca yang menarik. Latiff selesa dengan objek2 harian sebagai medium utama & Radzi pula mahir dengan bahan tanah liat.






Inovasi & kreativiti mereka berdua penuh dengan inspirasi. Pameran yang telah pun bermula pada 12 April 2010 yang lalu akan berakhir pada 1 Mei 2010 & bagi yang berkesempatan, satu program Bicara Seni iaitu EXPANDED SCULPTURE : Inovasi dalam Seni Arca di Malaysia akan diadakan di HOM pada 24 April 2010 jam 3 petang.

Sabtu, April 10, 2010

Pameran Seni : KURNIA CIPTA 2010


Kurnia Cipta 2010 memberi makna yang amat besar kepada penggiat Seni Tampak terutamanya kepada Pelukis Seni Informal (Self-Taught Artist) yang mana ia memberi maksud : bakat & minat yang dikurniakan @ anugerah daripada Maha Pencipta tanpa sokongan kelulusan pendidikan & kelayakan mereka hanya bersandarkan bakat semulajadi. Mereka tidak menggunakan istilah2 Seni Tampak yang mencabar selain menerima pakai pelbagai bentuk & gaya yang tidak terlalu menekan @ memerlukan justifikasi yang merumitkan.

Pameran anjuran Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama Myoutsiderart ini mengetengahkan seramai 35 orang pelukis seni tidak formal daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza seperti Adeputra, Chekri Mansor, Ali Akbar, Pyan Sharif, Shahrom Sulaiman, Waja, Hamdan Amirudin, Ungku Farah, Ismail Hj Baba, Amin Asa'at, Ronnie Mohamad, Donald Abraham, Rasyidah Maharam @ Zulkepli, Taib Abd Razak, Maba, M. Nazir, Zaharuddin Sarbini, Abby Zain, Mohd Fuad Abu Bakar, Kasbi Sarbini & ramai lagi. Sebanyak 85 buah karya telah dihimpunkan bagi memberi pendedahan & pengalaman kepada masyarakat untuk terus menyokong & menerokai idea2 lebih inovatif tanpa kongkongan & sempadan dengan kepelbagaian gaya & teknik.

Hari ini telah berlangsung Majlis Perasmian Pameran Kurnia Cipta 2010 di Galeri Seni Johor. Sebelah paginya telah diadakan Pertandingan Mereka Bentuk Tanah Liat (Plastersin) untuk pelajar2 sekolah rendah & Pertandingan Melukis Graffiti Atas Topi Keledar (Helmet) terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Selepas bacaan doa, majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Drs. Kamarudin Ab. Razak selaku Penolong Pengarah Pemuziuman, Yayasan Warisan Johor. Saudara Adeputra daripada Myoutsiderart pula memberi ucapan sebagai wakil pelukis & kemudiannya disusuli ucapan perasmian oleh Tuan Haji Jama Bin Johan iaitu Pengarah Yayasan Warisan Johor.

Seterusnya majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan2 yang telah diadakan. Bagi Pertandingan Melukis Graffiti Atas Topi Keledar (Helmet), Ilshah telah memenangi tempat Pertama, CuzWone tempat Kedua & Taib Abd Razak di tempat yang Ketiga.

Lawatan Pameran menjadi acara seterusnya & majlis diakhiri dengan Jamuan Ringan yang diserikan dengan persembahan Ghazal & tarian Zapin oleh Yayasan Warisan Johor. Pameran ini akan berlangsung selama 3 bulan.












Rabu, April 07, 2010

Live Sketch, Painting & Bicara Seni ENDAU ROMPIN

Semalam 6 April 2010 di Tingkat 4, Danga City Mall, Ilshah Shahbir berkesempatan untuk bersama2 dengan En. Mohd Shaimy selaku Naib YDP 1 GAPS, Y.Bhg. Dato’ Mahsun iaitu Naib YDP 2 GAPS, Pak Hanan daripada SERUPA Johor, En. Yusof daripada Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri Johor serta saudara Syed Syahrul Zarizi pengasas Wonder Stuff Sdn Bhd ketika sesi live sketch & painting sempena Pameran Lukisan & Fotografi ENDAU ROMPIN.


Selepas sesi live sketch & painting di galeri, kami turun ke aras bawah untuk berehat sebentar minum petang dengan menu Kopi Saigon & Roti Pandan!


Banyak perkara yang dapat dibicarakan bersama2 antaranya perancangan aktiviti2 seni akan datang di bawah kelolaan GAPS, usaha2 menyokong seni graffiti di JB, projek2 kerjasama, berkongsi pengalaman & pengetahuan mengenai seni & isu2 berkaitan seni. Sepanjang sesi dipenuhi dengan jenaka, pengajaran berguna, inspirasi & motivasi.

Gambar2 cun daripada saudara Syed Syahrul Zarizi :




Rakaman video2 cun daripada saudara Syed Syahrul Zarizi :

http://vimeo.com/10722250

http://vimeo.com/10727055