Isnin, Februari 08, 2010

Pameran Seni : KUALA LUMPUR DREAMING

Kuala Lumpur adalah sebuah kota metropolitan yang menjadi lubuk rezeki untuk 1.6 juta orang penghuninya. Ibu kota yang bukan sahaja menjanjikan peluang pekerjaan malah mampu mengubah gaya hidup seseorang menjadi lebih moden & kontemporari. Apa yang pasti, setiap orang datang ke Kuala Lumpur dengan impian & cita2 tersendiri.


Seiring dengan pameran fotografi Beyond Our City : Lights & Myths oleh Goethe Institut Malaysia, pada 4 Februari 2010 yang lalu telah berlangsung malam pembukaan pameran seni Kuala Lumpur Dreaming. Bertempat di The Annexe Gallery, Central Market, KL seramai 30 orang pengkarya termasuk komuniti pelarian Myanmar, orang asli & kanak2 HIV telah terlibat dalam menjayakan pameran seni dengan tema yang sangat menarik ini melalui hasil catan, arca, kolaj, mural, foto & instalasi.




Antara pengkaryanya adalah Ahmad Longgo, Amir Muhammad, Bright Lights At Midnight, Esther Horn, Fathul Luqman Yusuff, Ilshah Shahbir, Julya Oui, The Kachin Refugee Women, Kamarulzaman, Liza Manshoor, Lomokids, Mor Ajani, Mulyadi Mohd, Niki Cheong, Raja Azhar Idris, Rosli bin Mohd, Rumah Solehah, Sabina Arokiam, Sharaad Kuttan, Shieko Reto, Terry Law, Vignes Balasingam, Yeoh Lian Heng & Yusmalaily Atan.




Malam pembukaan diserikan dengan persembahan muzik oleh High Wind (Encounter MPO) & "Suggestions For Lunch Time Activities In KL For Busy Government Workers : 4. Sleeping In Art Gallery" oleh CIPAN & The Best Art Show In The Univers.



Pameran ini akan berlangsung sehingga 21 Februari 2010 daripada pukul 11 pagi hingga 8 malam untuk hari Ahad hingga Khamis, manakala pada hari Jumaat & Sabtu pula bermula 11 pagi sehingga pukul 9.30 malam. Masuk adalah percuma.

Rabu, Januari 27, 2010

UTUSAN MALAYSIA 27 Januari 2010

PAMERAN LUKISAN ANAK JOHOR

Muka surat 26.
Temubual oleh Arif Nizam Abdullah menampilkan Ilshah Shahbir.

Versi online :



JIWA SENI ILSHAH SHAHBIR

Muka surat 26.
Temubual oleh Arif Nizam Abdullah menampilkan Ilshah Shahbir.

SIREHDANCENGKEH.COM 21 Januari 2010

ILSHAH SHAHBIR. PELUKIS.

Temubual video oleh Syed Syahrul Zarizi di Galeri Seni Johor.


Khamis, Januari 21, 2010

SIREHDANCENGKEH.COM 26 Disember 2009

TEUKU FARUQ. PELUKIS GRAFITI.

Temubual oleh Syed Syahrul Zarizi ketika acara seni PREVIEW #3 : seni @ hutan bandar, JB yang lalu.

Klik link : http://sirehdancengkeh.com/?p=1475

Jumaat, Januari 15, 2010

HARIAN METRO 15 Januari 2010

500 POTRET JADI KOLEKSI

Muka surat 6 Metroplus.
Temubual oleh Kalam Hadi menampilkan Yahya Mohamed.