Selasa, Jun 23, 2009

Pameran : PELUKIS-PELUKIS JOHOR


Pada hari Ahad, 21 Jun lepas bertempat di Galeri Seni Johor telah diadakan majlis perasmian Pameran Pelukis-pelukis Johor. Seramai 8 orang pelukis telah terlibat iaitu Sanip Lasman, Yusof Ghani, Dr Abd Shukor, Lok Ek Sem, Tay Poi San, Hadi Salleh, Abdullah Yusof dan Roslan Idris di mana ianya telah pun selamat dirasmikan oleh Pengarah Yayasan Warisan Johor, Tuan Haji Jama B. Johan.
Rombongan pelajar dari Sekolah Seni Johor Bahru turut hadir selain jemputan & orang ramai yang telah memeriahkan lagi majlis yang berlangsung. Pameran ini dijangka akan berakhir pada pertengahan bulan Ogos 2009.

IMCAS 2009 sehingga bulan Julai!

Ekoran daripada sambutan yang sangat menggalakkan & atas permintaan ramai, Pameran Seni Kontemporari Iskandar Malaysia (IMCAS 2009) yang sepatutnya berakhir pada 14 Jun lepas kini dilanjutkan sehingga ke penghujung bulan Julai.

Kepada mereka yang masih belum hadir, rebutlah peluang ini untuk sama2 menjadi sebahagian daripada sejarah pameran tempatan terbesar Seni Kontemporari!

Tingkat 4,
Danga City Mall, JB

Jumpa di sana :)

Selasa, Jun 16, 2009

Dalam Kenangan : ALLAHYARHAM HJ MANSOR GHAZALLI (1931 - 2009)

Dunia seni tanah air tempatan sekali lagi dikejutkan dengan berita sedih pemergian seorang tokoh seni. Haji Mansor Bin Haji Ghazalli telah kembali ke Rahmatullah pada 10 Jun 2009 jam 9 malam di Hospital Serdang.

Arwah yang telah selama 60 tahun berkarya sangat dikenali dengan seni landskap cat airnya yang unik & tersendiri. Pemergian beliau sehari sebelum majlis perasmian Pameran Solo beliau "Seni Mansor Ghazalli 1953-2008" anjuran RA Fine Arts Gallery begitu menyentuh hati. Atas permintaan pihak keluarga arwah sendiri, majlis tersebut tetap diteruskan. Pameran telah pun berlangsung pada 6 hingga 20 Jun 2009.



Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan para salihin dan orang-orang yang dikasihiNya.

Al Fatihah.