Jumaat, Disember 04, 2009

PERTANDINGAN SENI TAMPAK TERBUKA JOHOR 2009 : Majlis Perasmian & Penyampaian Hadiah


Majlis telah pun selamat dirasmikan pada 3 Disember 2009 oleh Tn. Hj. Jama Bin Johan selaku Pengarah Yayasan Warisan Johor bagi pihak YB M. Asojan A/L Muniyandy, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Johor yang tidak dapat hadir. Majlis diserikan dengan persembahan muzik & kebudayaan.


Pertandingan Seni Tampak Terbuka Johor 2009 ini telah mendapat sambutan daripada 150 orang pelukis majoritinya dari Shah Alam, Pahang & Melaka selain pengkarya yang telah ada di sekitar negeri Johor. Sejumlah 177 buah karya telah diterima dalam pelbagai bentuk & gaya. Daripada jumlah besar tersebut, hanya 150 telah memenuhi kriteria mutu panel pemilihan. Dalam pada itu, masih terdapat hasil karya yang tidak menepati syarat2 yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.


Jika disenaraikan mengikut pengkelasan, 84 karya yang diterima adalah media campuran diikuti dengan akrilik sebanyak 38 karya & bahan cat minyak pula adalah sebanyak 35 hasil karya. Manakala penggunaan bahan2 lain seperti cat air, batik, arang, pen, fotografi & sebagainya sebanyak 9 buah karya & bagi kategori arca & instalasi berjumlah 11 buah karya keseluruhannya.


Tiga ahli panel hakim telah dilantik & mereka adalah terdiri daripada Prof Madya Ponirin Amin, Pensyarah UiTM, Encik Hasnul Jamal Saidon, Pengarah Muzium & Galeri Tengku Fauziah USM & Encik Amerudin Ahmad, Kurator Balai Seni Lukis Negara. Panel ini telah mengendalikan kerja2 pemilihan pada 24 & 25 November 2009 yang mana 80 hasil karya telah terpilih untuk dipamerkan & hanya 13 hasil karya terbaik telah dinobatkan sebagai pemenang.

Hadiah Pertama : Wang Tunai RM 10,000, Replika Cek, Trofi & Sijil Penyertaan > Wee Chiang Lung

Hadiah Kedua : Wang Tunai RM 7,000, Replika Cek, Trofi & Sijil Penyertaan > Mohd Najib Ahmad

Hadiah Ketiga : Wang Tunai RM 5,000, Replika Cek, Trofi & Sijil Penyertaan > Abdul Latiff Ahmad Padzali

Saguhati : Wang Tunai RM 1,000, Replika Cek, Plak & Sijil Penyertaan >

Ilshah Shahbir
Abdullah Jones
Mohd Faizal Md Suhif
Ken Ghee Chung
Noriza Azrain
Nor Alisa Jamaluddin
Koo Kok Hooi
Tan Siow Fun
Liu Cheng Hua
Wan Zaida Wan Samidin




Secara keseluruhannya, pertandingan pada kali ini memperlihatkan satu bentuk peningkatan kualiti dari sudut penguasaan & pemahaman formalistik seni berbanding pertandingan2 lalu bertema sejarah & kebudayaan negeri Johor. Pameran akan berlangsung sehingga 31 Januari 2010.

2 ulasan:

abdullahjones berkata...

oit! terima kasih kerana banyak senyum waktu bersama kami.

KOMUNITI PELUKIS HUTAN BANDAR berkata...

haha! senyum happy kerna akhirnya dapat ketemu si rajawali :)