Khamis, Ogos 27, 2009

Pameran : TAMPANNYA BUDI - The Beauty of The Malay Intellect


Untuk kali pertamanya dalam sejarah seni visual Malaysia, hampir kesemua bentuk puisi klasik Melayu telah berjaya ditafsir dalam bentuk lukisan-lukisan indah & bermutu untuk diperagakan dalam pameran Tampannya Budi - The Beauty of The Malay Intellect.



Balai Seni Lukis Negara dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Institut Kajian Etnik (KITA) & Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya merealisasikan sebuah pameran berintipati kesusasteraan Melayu dengan penyertaan 127 orang pelukis & 163 buah karya bertemakan pantun, syair, gurindam, seloka, pepatah Melayu lama, peribahasa & sebagainya.



Ini adalah terjemahan keputusan kepada projek penyelidikan perintis yang bertajuk 'Budaya Visual Melayu' oleh Prof. Madya Salmah Abu Mansor, Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM dengan kerjasama Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, mantan Pengarah ATMA, UKM (1999-2007) & kini Pengarah Pengasas, Institut Kajian Etnik (KITA), UKM yang telah dilaksanakan sejak tahun 2006.



Dengan sambutan yang begitu menggalakkan, pameran unik ini telah pun selamat dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia; Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Bin Mohamad selaku Presiden Kehormat, Yayasan Kepimpinan Perdana pada hari Jumaat, 21 Ogos 2009 yang lalu.


Karya Norazlan Ahmad & Ilshah Shahbir turut terlibat. Pameran akan berlangsung sehingga 5 Oktober 2009. Sama-samalah kita nikmati santapan mata & santapan intelek ini yang julung-julung kalinya diadakan.

Sabtu, Ogos 15, 2009

Bicara Seni bersama Pak Sanip Lasman


3 Ogos yang lalu, Norazlan Ahmad & Ilshah Shahbir telah berkesempatan mengunjungi kediaman & studio pelukis Johor yang tidak asing lagi iaitu Pak Sanip Lasman. Beliau yang masih lagi aktif berkarya adalah Pengerusi Persatuan Seni Lukis & Reka Cipta Johor (SERUPA).



Sudah lama kami mengenali Pak Sanip Lasman cuma pada kali ini barulah mempunyai masa & ruang untuk berjumpa dengan beliau. Petang itu banyak perkara yang dapat dibincangkan daripada isu yg berat2, program2 kerjasama sehinggalah kepada lawak jenaka.

Jumaat, Ogos 07, 2009

Pameran : NEO ABSTRAK ; RUANG, WARNA & CAHAYA


Bertempat di Wisma Kebudayaan Soka Gakkai Malaysia, KL telah diadakan majlis perasmiannya pada 2 Ogos 2009 yang lalu. Seramai 6 orang pelukis terlibat iaitu Faizal Sidik, Elias Yamani Ismail, Isnian Ibrahim, Mia Farizza, Safwan Ahmad & Sukor Romat.





Pameran yang akan berlangsung sehingga 16 Ogos 2009 ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Dr. Mohamed Najib B. Ahmad Dawa selaku Ketua Pengarah, Balai Seni Lukis Negara, KL.

Pameran : COKELAT

Majlis pembukaan pameran solo pertama Issarezal Ismail telah diadakan pada 1 Ogos 2009 yang lalu di Galeri Pelita Hati, KL.



Meski pun masih lagi menuntut di Institut Teknologi Bandung, Indonesia anak kelahiran Negeri Sembilan ini masih mampu berkarya & mengadakan pameran solo pertamanya.



Sebanyak 14 buah karya keseluruhannya terdiri daripada siri Accidentally in Love & Memori Nomad dipamerkan.

Khamis, Ogos 06, 2009

Pameran : TRANSMISSION

Pameran Program Residensi MATAHATI yang menghimpunkan 15 buah karya daripada Dadi Setiyadi kelahiran Bandung, Indonesia.
Acara pembukaan telah dilangsungkan pada 31 Julai 2009 yang lalu di House of MATAHATI, Ampang, Selangor.
Pameran akan berlangsung sehingga 11 Ogos 2009.

Rabu, Ogos 05, 2009

Pameran : BETWEEN THE LINES

Majlis pembukaan telah diadakan pada 23 Julai 2009 yang lalu di Galeri Annexe, Central Market Annexe, KL.

Pameran yang akan berlangsung sehingga 2 Ogos 2009 ini menampilkan karya2 daripada Alexdrina Chong, Chu Yuan, Dill Malik, Dura, Fathullah Luqman, Fennie Chin, Jerome Kugan, Jun Kit, Maya Tan Abdullah, Nani Kahar, Norman Teh, Saiful Razman, Shahril Nizam & Sharaad Kuttan.

Pameran : 360 WARNA

Pameran kedua oleh 5 pelukis muda iaitu Faizal Suhif, Azli Wahid, Ali Azraie Bebit, Halim Hassan & Razlan Adnan sebagai ahli kumpulan WARNA ini turut menjemput 3 rakan pelukis iaitu Jamil Zakaria, Sukor Romat & Azharuddin Mappon.
Pameran yang menampilkan karya2 dalam bentuk catan, lukisan, cetakan & arca ini telah selamat dirasmikan oleh U-Wei Hj Saari pada 18 Julai 2009 yang lalu bertempat di Galeri Artspace, Bangsar, KL.
Pameran akan berlangsung sehingga 8 Ogos 2009.