Isnin, Disember 28, 2009

Pameran : PREVIEW #3 : seni @ hutan bandar, JB


Alhamdulillah, aktiviti seni tahunan edisi ketiga atas nama PREVIEW ini telah dapat direalisasikan pada hari Sabtu, 26 Disember 2009 & hari Ahad, 27 Disember 2009 yang lalu. Seramai 20 orang pelukis telah terlibat iaitu 18 orang dari sekitar negeri Johor, seorang dari Perak & seorang dari Indonesia :

johor : NORAZLAN AHMAD (skudai), ILSHAH SHAHBIR (masai), M. NAZIR (skudai), MD NOOR RAHMAN (jb), NAJIWA (jb), NASIR SURAIMI (pontian), YAHYA MOHAMED (jb), MD NOR BIDIN (jb), NORAFIZAH BASIRON (masai), ROHAWI (benut), LEMAK JR. (skudai), CHOO KOK CHOON (jb), CHRIS WONG (jb), RAZIERASHID (kota tinggi), ZAM HASSAN (pasir gudang), RAZALI JAAFAR (masai), A. HANAN (jb) & KOH AI CHOO (jb).

perak : SUHADA (ipoh)

indonesia : ASEK2 (jakarta)






Pelbagai aktiviti tunjuk cara seni telah diadakan seperti live portrait sketch, oil pastel portrait, water colour portrait & landscape, free style & stencil graffiti demo, hiasan inai, kraf pensil menggunakan kayu liat & sebagainya. Selain daripada orang awam, acara ini turut menerima kunjungan daripada pelukis2 yang tidak turut serta tetapi tetap hadir memberi sokongan seperti Mohamad Nazar dari Batu Pahat, Pak Sanip Lasman, Fakhrul Zaman & keluarga, Maba & keluarga dari Kuala Lumpur, TC Liew, Irwan Ariff, Zack & rakan2 dari JOHO, Syed Syahrul Zarizi dari Wonder Space & ramai lagi.




Semoga aktiviti tahunan ini dapat dilestarikan & diharapkan dapat menjadi motivasi kepada para penggiat seni & katalis kepada perkembangan budaya kreatif yang positif & produktif di JB. Segala aktiviti anjuran komuniti ditanggung oleh duit poket Norazlan Ahmad & Ilshah Shahbir sendiri. Dengan tulang empat kerat, cabaran disahut untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri & masyarakat. Pelukis ada tanggungjawab & ini adalah salah satu daripadanya.


Semoga pihak2 yang diberi kuasa dapat buka mata & seterusnya bertindak bersama agar matlamat semua menjadi nyata. Jutaan Terima Kasih yang tak terhingga kepada yang telah bertindak bersama2 komuniti. Jasa kalian sangat2 dihargai. Kepada yang belum, SERTAI KAMI SEMARAKKAN SENI DI JB!

Khamis, Disember 24, 2009

Poster PREVIEW #3 : seni @ hutan bandar, JB :)

Semua dijemput hadir. Masuk percuma. SERTAI KAMI SEMARAKKAN SENI DI JB!

Isnin, Disember 14, 2009

SENARAI TERKINI PELUKIS2 PREVIEW #3


Berikut adalah senarai terkini pelukis2 yang telah mengesahkan penyertaan mereka untuk acara seni PREVIEW #3 : seni @ hutan bandar, JB pada hari Sabtu & Ahad, 26 & 27 DISEMBER 2009 akan datang :

johor :
NORAZLAN AHMAD (skudai)
ILSHAH SHAHBIR (masai)
MD NOOR RAHMAN (jb)
M. NAZIR (skudai)
NAJIWA (jb)
NASIR SURAIMI (pontian)
YAHYA MOHAMED (jb)
MD NOR BIDIN (jb)
NORAFIZAH BASIRON (masai)
ROHAWI (benut)
LEMAK JR. (skudai)
CHOO KOK CHOON (jb)
CHRIS WONG (jb)
RAZIERASHID (kota tinggi)
CPS (jb)
ZAM HASSAN (pasir gudang)

perak :
SUHADA (ipoh)

indonesia :
ASEK2 (jakarta)

* Pak Mail (Artis Conlay) dari Kuala Lumpur terpaksa menarik diri di saat2 akhir atas sebab komitmen kepada keluarga pada tarikh yang sama.

PERHATIAN

Para pelukis digalakkan untuk hadir ke Hutan Bandar pada petang hari Jumaat, 25 DISEMBER 2009 untuk setup ruang karya masing2 & boleh terus berpameran, demonstrasi & membuat jualan.

Kerusi, meja & display panel akan disediakan oleh pihak MBJB namun, para pelukis digalakkan untuk membawanya sendiri jika ada bersama2 dengan keperluan2 lain yang sesuai.

Sekiranya terdapat pelukis yang turut membawa rakan untuk berpameran, demonstrasi & membuat jualan, bayaran penyertaan sebanyak RM20 akan dikenakan. Ini adalah kerana RM20 tersebut dikira secara per head :) HARAP MAKLUM!

Pendaftaran ketika hari acara @ walk-in kini dibuka. Jumpa di sana :)

Jumaat, Disember 04, 2009

PERTANDINGAN SENI TAMPAK TERBUKA JOHOR 2009 : Majlis Perasmian & Penyampaian Hadiah


Majlis telah pun selamat dirasmikan pada 3 Disember 2009 oleh Tn. Hj. Jama Bin Johan selaku Pengarah Yayasan Warisan Johor bagi pihak YB M. Asojan A/L Muniyandy, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Johor yang tidak dapat hadir. Majlis diserikan dengan persembahan muzik & kebudayaan.


Pertandingan Seni Tampak Terbuka Johor 2009 ini telah mendapat sambutan daripada 150 orang pelukis majoritinya dari Shah Alam, Pahang & Melaka selain pengkarya yang telah ada di sekitar negeri Johor. Sejumlah 177 buah karya telah diterima dalam pelbagai bentuk & gaya. Daripada jumlah besar tersebut, hanya 150 telah memenuhi kriteria mutu panel pemilihan. Dalam pada itu, masih terdapat hasil karya yang tidak menepati syarat2 yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.


Jika disenaraikan mengikut pengkelasan, 84 karya yang diterima adalah media campuran diikuti dengan akrilik sebanyak 38 karya & bahan cat minyak pula adalah sebanyak 35 hasil karya. Manakala penggunaan bahan2 lain seperti cat air, batik, arang, pen, fotografi & sebagainya sebanyak 9 buah karya & bagi kategori arca & instalasi berjumlah 11 buah karya keseluruhannya.


Tiga ahli panel hakim telah dilantik & mereka adalah terdiri daripada Prof Madya Ponirin Amin, Pensyarah UiTM, Encik Hasnul Jamal Saidon, Pengarah Muzium & Galeri Tengku Fauziah USM & Encik Amerudin Ahmad, Kurator Balai Seni Lukis Negara. Panel ini telah mengendalikan kerja2 pemilihan pada 24 & 25 November 2009 yang mana 80 hasil karya telah terpilih untuk dipamerkan & hanya 13 hasil karya terbaik telah dinobatkan sebagai pemenang.

Hadiah Pertama : Wang Tunai RM 10,000, Replika Cek, Trofi & Sijil Penyertaan > Wee Chiang Lung

Hadiah Kedua : Wang Tunai RM 7,000, Replika Cek, Trofi & Sijil Penyertaan > Mohd Najib Ahmad

Hadiah Ketiga : Wang Tunai RM 5,000, Replika Cek, Trofi & Sijil Penyertaan > Abdul Latiff Ahmad Padzali

Saguhati : Wang Tunai RM 1,000, Replika Cek, Plak & Sijil Penyertaan >

Ilshah Shahbir
Abdullah Jones
Mohd Faizal Md Suhif
Ken Ghee Chung
Noriza Azrain
Nor Alisa Jamaluddin
Koo Kok Hooi
Tan Siow Fun
Liu Cheng Hua
Wan Zaida Wan Samidin




Secara keseluruhannya, pertandingan pada kali ini memperlihatkan satu bentuk peningkatan kualiti dari sudut penguasaan & pemahaman formalistik seni berbanding pertandingan2 lalu bertema sejarah & kebudayaan negeri Johor. Pameran akan berlangsung sehingga 31 Januari 2010.

Rabu, Disember 02, 2009

Majlis Perasmian & Penyampaian Hadiah :

Majlis Perasmian & Penyampaian Hadiah
Tarikh : 3 Disember 2009, Khamis
Masa : 2.30 petang
Tempat : Galeri Seni Johor

*Pendaftaran untuk PREVIEW #3 boleh juga dibuat pada hari tersebut. Kol @ sms Ilshah Shahbir : 012 - 795 2269 Terima Kasih :)

Rabu, November 25, 2009

PREVIEW #3 : Poster Penyertaan - SEBARKAN!!!

Poster penyertaan untuk disebarkan ke seluruh alam! Sebar2kan!!! Terima kasih :)

Khamis, November 19, 2009

PREVIEW #3 : Maklumat2 Untuk Penyertaan

acara :
PREVIEW #3 : seni @ hutan bandar, JB
PAMERAN, JUALAN LUKISAN & DEMONSTRASI MELUKIS

tarikh :
26 & 27 DISEMBER 2009

masa :
9 PAGI - 6 PETANG

tempat :
LAMAN TEMBUSU, HUTAN BANDAR, JB

bayaran penyertaan :
RM20 SEORANG

tarikh tutup penyertaan :
SEBELUM HARI JUMAAT, 18 DISEMBER 2009

syarat2 penyertaan :

1) KARYA ADALAH BEBAS SAMA ADA LUKISAN, CATAN, ARCA, ILUSTRASI, SENI DIGITAL, KOMIK & SEBAGAINYA.

2) BILANGAN KARYA BEBAS ASALKAN TAK SEPENUH KONTENA :)

3) SAIZ KARYA BEBAS ASALKAN TAK SEBESAR RUMAH :)

4) MEDIA KARYA BEBAS ASALKAN TAK MENGANCAM NYAWA :)

5) TEMA KARYA BEBAS ASALKAN TAK MENYENTUH ISU2 YANG SENSITIF.

6) PARA PELUKIS WAJIB BUAT DEMO MELUKIS. LIVE SKETCH PUN OK.

7) PARA PELUKIS BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP KARYA2 & HARTA2 BENDA MEREKA SEPANJANG TEMPOH MASA ACARA SAMA ADA DARI SEGI KESELAMATAN ATAU PUN CACAT CELA.

8) MAKAN MINUM @ TEMPAT PENGINAPAN (BAGI YANG JAUH) ADALAH TANGGUNGAN SENDIRI TAPI KAMI BOLEH BANTU URUSKAN MANA2 YANG PERLU.

9) BAGI SETIAP KARYA YANG TERJUAL, TIADA SEBARANG KOMISYEN AKAN DIKENAKAN. KEUNTUNGAN ADALAH SEPENUHNYA MILIK PELUKIS :)

10) BAYARAN PENYERTAAN SEBANYAK RM20 SEORANG WAJIB DIBAYAR SEBELUM HARI JUMAAT, 18 DISEMBER 2009. BAYARAN SELEPAS TARIKH TERSEBUT @ PADA HARI ACARA BOLEH JUGA DILAKUKAN TAPI NAMA PELUKIS TERSEBUT TIDAK AKAN DICETAK PADA LEMBARAN ACARA.

11) BAYARAN BOLEH DIBUAT SECARA TUNAI @ BANK-IN. SILA HUBUNGI KAMI UNTUK NO. AKAUNNYA.

12) RESIT RASMI AKAN DIBERIKAN PADA HARI ACARA BERSAMA2 LEMBARAN, BORANG BIODATA & LABEL KARYA.

13) SELEPAS PEMBAYARAN, DENGAN INI DIPERAKUI PELUKIS BERSETUJU SEPENUHNYA MEMATUHI SETIAP SYARAT2 YANG DIKENAKAN. SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG MASALAH, MAKLUMAT TIDAK JELAS @ ADA ISU2 YANG BERBANGKIT, SILA MAKLUMKAN DI RUANGAN ULASAN / KOMEN BLOG INI. TERIMA KASIH :)

berminat? join cepat untuk reserve tempat. tempat terhad takut tak muat!

NORAZLAN AHMAD
relief_painting@yahoo.com.my
019 - 7288811

ILSHAH SHAHBIR
ilshah_shahbir@yahoo.com
012 - 795 2269

Rabu, November 18, 2009

ARRIVAL : Pameran Solo Hamir Soib @ Mohamed


ARRIVAL : Pameran Solo Hamir Soib @ Mohamed
25 November 2009 - 1 Mac 2010
Ernst & Young Solutions, LLP One Raffles Quay, Level 18 North Tower, Singapore

Pameran solo ketiga Hamir Soib @ Mohamed di Kota Singa menerusi siri kelima Ernst & Young Asean Art Outreach.

Sebahagian daripada hasil jualan karya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat Ernst & Young.

Khamis, November 12, 2009

RANTAI ART EVENT 2009


Rantai Art Event 2009 - IDEALIST
18 - 20 Disember 2009
10 pagi - 10 malam
The Red Bungalow (belakang Restoran Pelita Nasi Kandar KLCC)
Jalan Ampang, KL

Masuk Percuma!

Maklumat lanjut : info@rantaiart.com

http://www.rantaiart.com/

Khamis, November 05, 2009

CALLING FOR ENTRY!!!


Acara tahunan Komuniti Pelukis Hutan Bandar kini kembali lagi!!!
DIBUKA SEKARANG UNTUK PENYERTAAN >>>>>>>>>>

Hari : SABTU & AHAD
Tarikh : 26 & 27 DISEMBER 2009
Tempat : HUTAN BANDAR, JB

Details akan diupload x lama lagi :)

Arkib berita untuk Preview #2 :
http://komunitipelukishutanbandar.blogspot.com/2008/12/pameran-preview-2-seni-hutan-bandar-jb.html

Arkib berita untuk Preview #1 :
http://komunitipelukishutanbandar.blogspot.com/2008/11/preview-seni-hutan-bandar-jb.html

Khamis, Oktober 15, 2009

Pameran Seni : PASSIONS

Starhill Gallery, Jalan Bukit Bintang , KL dengan Festival Seni tahunan mereka mempersembahkan Passions : A Celebration of Sculptures & Installation Art. Pameran yang berlangsung selama sebulan ini menampilkan lebih daripada 80 buah karya seni arca daripada seniman2 tersohor negara seperti Yusuf Ghani, Abdul Multhalib Musa, Raja Shariman Raja Aziddin, Suhaimi Fadzir, Eng Tay, Philip Wong & ramai lagi.

Dengan objektif untuk mendekatkan lagi cabang seni ini kepada khalayak, pusat membeli belah eksklusif ini telah berubah wajah menjadi muzium seni dengan laman luar & ruang di setiap tingkat dalaman terutamanya di Muse Floor dipamerkan karya2 seni arca pelbagai media.



Terdapat juga program Bengkel & Bicara Seni sepanjang berlangsungnya pameran yang turut mendapat kerjasama daripada Balai Seni Lukis Negara.

Rabu, Oktober 14, 2009

MEA AWARD 2009 : Majlis Pembukaan & Penyampaian Hadiah

Malaysia Emerging Artist Award (MEA) 2009 adalah sebuah pengiktirafan yang sangat2 dinantikan oleh para seniman tempatan selepas ketiadaan agak lama majlis2 sebegini seperti Art Salon Malaysia, Anugerah Seni Philip Morris, Bakat Muda Sezaman & sebagainya. Inisiatif yang diambil oleh House of Matahati (HOM) & Galeri Chandan dengan kerjasama Soka Gakkai Malaysia ini harus dilestarikan & menjadi katalis kepada perkembangan landskap seni tempatan.

Anugerah ini terbuka kepada seniman2 tempatan yang berumur 18 hingga 35 tahun dengan penyertaan 3 buah karya 2D atau 3D yang akan dipilih untuk dipamerkan & diadili sebagai pemenang. Sejumlah 38 daripada 61 buah penyertaan terpilih dengan 94 buah karya sebagai finalis. 5 pemenang akan dipilih oleh 16 orang juri yang terdiri daripada seniman2 tersohor, pengumpul, pemilik2 galeri, pensyarah seni & kurator.



Acara pembukaan & penyampaian hadiah telah pun selamat disempurnakan pada hari Ahad, 11 Oktober 2009 yang lalu di Wisma Kebudayaan Soka Gakkai Malaysia, Jalan Bukit Bintang, KL oleh Y.Bhg Dato' Seri Abdul Azim Mohd Zabidi selaku Pengerusi Badan Pemegang Amanah Balai Seni Lukis Negara.

5 pemenang iaitu Samsudin Wahab, Gan Chin Lee, Shaifuddin Mamat, Mohd Al-Khuzairie Ali & Mohd Bakir Baharom telah dipilih untuk menerima wang tunai RM3000, baucar peralatan seni bernilai RM2000, 10 hari geran perjalanan ke Jogjakarta, Indonesia & pameran solo bagi setiap seorang.








Pameran akan berlangsung sehingga 18 Oktober 2009. 3 buah karya Ilshah Shahbir turut terpilih sebagai finalis.

Jumaat, September 25, 2009

PERTANDINGAN SENI LUKIS TERBUKA PESTA PULAU PINANG 2009


"Muzik Menerusi Spektrum Seni"

Penyertaan hendaklah sampai ke Balai Seni Lukis Pulau Pinang selewat-lewatnya pada hari JUMAAT, 30 OKTOBER 2009 sebelum pukul 4.30 petang.

Segala maklumat lanjut terdapat pada borang penyertaan yang boleh dimuat turun di :

Khamis, September 24, 2009

PERTANDINGAN SENI UNTUK AIDS MALAYSIA


Penyertaan adalah PERCUMA!

Tema : “Fighting AIDS with ART”

Objektif :
Mewujudkan kesedaran dan keperihatinan masyarakat terhadap HIV/AIDS melalui karya seni.

Karya media bebas (poster, photography, graphic, painting, kolaj, lakaran, comic... dsb)

Hadiah pertama RM1000 ,
ke dua RM500 ,
ke tiga RM250 ,
penghargaan RM100 x 10 ,
saguhati RM50 x 17
Berserta sijil penyertaan

Tarikh tutup penyertaan : 31 OKTOBER 2009

Langkah mudah!

1) Hasilkan karya terbaik anda!
2) Scan/shoot kembali karya anda (resolusi sederhana jpeg) max 1MB / jgn hantar karya asal.
3) Emailkan karya anda ke : seniuntukaids@gmail.com
4) Karya anda akan di upload ke pameran online (http://seniuntukaids.blogspot.com/)
5) 30 karya terbaik akan di adili ke peringkat akhir.
6) Pemenang diumumkan.
7) Pameran sempena Hari AIDS Sedunia.

**Pameran akan mempamerkan karya yang dicetak sahaja. Karya asli tidak perlu dihantar. Tempat pameran akan diumumkan kelak.

Syarat :

1) Terbuka kepada warga negara Malaysia 18 tahun ke atas sahaja.
2) Sila hantar file format jpeg dgn resolusi sederhana max 1MB.
3) Kelab Prostar Malaysia / penganjur mempunyai kuasa untuk menerbit, mencetak ke dalam apa jua bentuk sekali pun.
4) Peserta boleh menghantar seberapa banyak karya mereka.
5) Keputusan juri adalah muktamad.
6) Pemenang akan dihubungi melalui email.
7) Penganjur berhak menapis dan menolak sebarang karya yang tidak sesuai.

Sertakan :

Nama, Alamat, Facebook, Email, No Hp, Saiz, Media, Tajuk
Penyataan karya (max 50 patah kata)

Sebarang pertanyaan : seniuntukaids@gmail.com

Anjuran :
Kelab Prostar Malaysia dengan kerjasama APDR (Angkatan Pelukis Darulridzuan)

Khamis, September 17, 2009

PAMERAN LUKISAN AMAL '1MALAYSIA' : Jiwa Ke Visual

Pada 14 September 2009 yang lepas, En. Farid Azmi Abdul Aziz daripada Alliance Foundation telah memaklumkan bahawa tarikh tutup penghantaran karya untuk penyertaan Pameran Amal '1Malaysia' : Jiwa Ke Visual di Memorial Tun Hussein Onn, KL sekali lagi dilanjutkan sehingga bulan Disember 2009 kerana perubahan jadual YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Untuk maklumat lanjut, layari lawan web rasmi & abaikan tarikh2 yang dipaparkan.

Isnin, September 07, 2009

PERTANDINGAN SENI TAMPAK TERBUKA JOHOR 2009


1. LATAR BELAKANG

Pertandingan Terbuka Johor 2009 merupakan satu pertandingan menghasilkan karya seni visual dalam pelbagai teknik, idea dan tidak terikat dengan tajuk atau tema yang tertentu. Pengkarya berpeluang meluahkan hasil ekspresi dan kreativiti mereka dengan lebih meluas tanpa had dan sempadan. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi peluang pengkarya menerokai serta mendalami elemen dan media seni lukis dan seni reka dengan lebih kreatif dan inovatif selain dapat memperlihatkan kepakaran, kekreatifan dan sensitiviti mereka dalam menghasilkan karya.

2. PENGANJUR

Pertandingan ini anjuran Kerajaan Negeri Johor dan diselanggarakan oleh Galeri Seni Johor, Yayasan Warisan Johor.

3. OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan hubungan antara Kerajaan Negeri Johor dengan penggiat seni atau pengkarya.

3.2 Melahirkan pengkarya-pengkarya bidang seni tampak dengan idea-idea yang lebih kreatif dan inovatif selain tidak terikat dengan tajuk dan tema tertentu.

3.3 Mengumpul dan menambah koleksi khazanah seni yang tidak ternilai ini untuk tatapan masyarakat akan datang melalui Yayasan Warisan Johor.

3.4 Mengetengahkan karya-karya pelukis dengan ideanya yang lebih luas dan tidak hanya terikat dengan penceritaan Negeri Johor sahaja.

4. KATEGORI PERTANDINGAN


Kategori Karya Pertandingan adalah bebas.

5. SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN


1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas kecuali kakitangan Yayasan Warisan Johor.

2. Setiap hasil karya hendaklah berukuran minima 3 kaki x 4 kaki tidak termasuk bingkai. Karya yang tidak menepati ukuran akan ditolak.

3. Penyertaan perlu menggunakan borang penyertaan yang disediakan dan hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas serta tampalkan di belakang setiap karya. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan butiran lengkap biodata pelukis dan salinan kad pengenalan.

4. Karya perlu berserta dengan keterangan karya yang ditulis dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris (sekurang-kurangnya 100 patah perkataan) dan ditampal di belakang karya. Karya yang tiada maklumat lengkap akan ditolak.

5. Karya hendaklah asli dan baru dihasilkan pada tahun 2009 dan belum pernah menyertai atau memenangi mana-mana pertandingan.

6. Karya-karya hendaklah diserahkan kepada urus setia pertandingan dalam bentuk karya yang telah siap dipasang bingkai serta sedia untuk dipamerkan. Karya yang bersifat 3-D dengan teknik yang menyukarkan pihak penganjur mempamerkan karya tersebut tidak dibenarkan. Karya berbentuk instalasi dan melalui aplikasi computer juga tidak dibenarkan.

7. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kos yang ditanggung oleh peserta dan pihak penganjur juga tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kecuaian, kehilangan, kerosakan, kelewatan atau dalam apa bentuk yang membawa kemusnahan hasil karya peserta

8. Karya-karya yang menerima hadiah pertama, kedua, ketiga dan saguhati akan menjadi hak milik Yayasan Warisan Johor dan kami berhak mencetak atau menerbitkan semula hasil karya berkenaan. Pihak penganjur berhak untuk mempamerkan sebarang hasil karya yang menyertai pertandingan ini dalam tempoh 2 bulan semasa pertandingan di langsungkan. Karya boleh di ambil dalam tempoh dua bulan setelah keputusan diumumkan dan segala kos pengangkutan atau lain-lain adalah tanggungan peserta. Karya yang tidak di ambil lebih daripada 6 bulan akan dianggap sebagai hak milik Yayasan Warisan Johor.

9. Keputusan penghakiman adalah muktamad dan sebarang rayuan dan bantahan tidak diterima.

10. Yayasan Warisan Johor berhak memilih mana-mana karya tertentu untuk dimasukkan dalam sebarang bahan penerbitan rasmi jabatan tanpa tertakluk kepada masa dan tempoh dan perlu dimaklumkan kepada pemiliknya.

11. Karya-karya yang menyertai pertandingan ini hendaklah sampai di alamat seperti di bawah sebelum atau selewat-lewatnya pada 16 November 2009, jam 4.00 petang.

6. KEPUTUSAN PENGADIL


Penghakiman akan dibuat selepas tarikh tutup pertandingan iaitu pada 19 November 2009. Keputusan Penghakiman akan diumumkan pada 23 November 2009. Peserta yang berjaya akan dihubungi melalui surat dan telefon. Panel hakim yang dilantik adalah daripada artis-artis professional daripada bidang-bidang berkaitan.

7. MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH


Majlis bagi penyampaian hadiah bagi setiap peserta ialah pada 30 November 2009 jam 2.30 petang dan bertempat di Galeri Seni, Yayasan Warisan Johor.

8. PAMERAN


Karya-karya yang berjaya dalam pertandingan akan dipamerkan kepada orang ramai selama 2 bulan di Galeri Seni, Yayasan Warisan Johor bermula pada 30 November 2009 hingga 31 Januari 2010.

9. HADIAH


Tempat Pertama :
Hadiah Wang Tunai RM 10, 000
Cenderahati, Sijil Penyertaan

Tempat Kedua :
Hadiah Wang Tunai RM 7, 000
Cenderahati, Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga :
Hadiah Wang Tunai RM 5, 000
Cenderahati, Sijil Penyertaan

10 Hadiah Saguhati :
Hadiah Wang Tunai RM 1,000
Cenderahati, Sijil Penyertaan

Urusetia :

Pertandingan Terbuka Johor 2009
Galeri Seni Johor
Yayasan Warisan Johor,
JKR 144, Jalan Petrie,
81100 Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim

Tel : 07 – 2263266 / 07 – 2245488 / 07 – 2213148
Fax : 07 – 2260728

www.ywj.gov.my

Khamis, Ogos 27, 2009

Pameran : TAMPANNYA BUDI - The Beauty of The Malay Intellect


Untuk kali pertamanya dalam sejarah seni visual Malaysia, hampir kesemua bentuk puisi klasik Melayu telah berjaya ditafsir dalam bentuk lukisan-lukisan indah & bermutu untuk diperagakan dalam pameran Tampannya Budi - The Beauty of The Malay Intellect.



Balai Seni Lukis Negara dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Institut Kajian Etnik (KITA) & Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya merealisasikan sebuah pameran berintipati kesusasteraan Melayu dengan penyertaan 127 orang pelukis & 163 buah karya bertemakan pantun, syair, gurindam, seloka, pepatah Melayu lama, peribahasa & sebagainya.



Ini adalah terjemahan keputusan kepada projek penyelidikan perintis yang bertajuk 'Budaya Visual Melayu' oleh Prof. Madya Salmah Abu Mansor, Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM dengan kerjasama Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, mantan Pengarah ATMA, UKM (1999-2007) & kini Pengarah Pengasas, Institut Kajian Etnik (KITA), UKM yang telah dilaksanakan sejak tahun 2006.



Dengan sambutan yang begitu menggalakkan, pameran unik ini telah pun selamat dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia; Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Bin Mohamad selaku Presiden Kehormat, Yayasan Kepimpinan Perdana pada hari Jumaat, 21 Ogos 2009 yang lalu.


Karya Norazlan Ahmad & Ilshah Shahbir turut terlibat. Pameran akan berlangsung sehingga 5 Oktober 2009. Sama-samalah kita nikmati santapan mata & santapan intelek ini yang julung-julung kalinya diadakan.