Khamis, November 13, 2008

Pameran : PREVIEW : seni @ hutan bandar, JB


Pameran tunggal yang telah diadakan pada 29 & 30 Disember 2007 iaitu pada hari Sabtu & Ahad terakhir bagi tahun 2007. Berkonsepkan Pameran, Demontrasi & Interaksi iaitu sebuah pameran lukisan di mana para pelukis turut membuat demonstrasi melukis & berinteraksi bukan sahaja di kalangan pelukis malah bersama para pengunjung yang hadir.

Alhamdulillah segala usaha yang dirancang oleh Norazlan Ahmad & Ilshah Shahbir telah berjaya mengumpulkan 13 orang pelukis untuk membuat pameran dan tunjukcara seni. Seorang pelukis dari Kuala Lumpur iaitu Norfazilah aka Mulan dan dua orang pelukis dari Terengganu iaitu Encik Dzulkifli dan saudara Amat, saudara Nazir dari UTM Skudai, saudara Taib dari AUR di plaza seni, Encik Omar, Encik Ismail Attan, Encik Razali, Encik Mohd Nor Rahman, Norafizah aka E-jot, Encik Ramzan, Norazlan Ahmad & Ilshah Shahbir.
YB Dato' Mohd Naim B. Nasir iaitu Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru telah sudi untuk melawat program kami. Beliau bersetuju untuk membenarkan kami terus berkarya di Hutan Bandar tersebut. Malah beliau sudi menyumbangkan RM10,000 untuk membeli peralatan yang perlu. Mulai minggu hadapan, Hutan Bandar akan menjadi tapak untuk pelukis-pelukis Johor khasnya dan semua pelukis Malaysia amnya berkarya. Semua pelukis dipelawa untuk berkarya di Hutan Bandar pada setiap hari minggu secara percuma dengan mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan untuk kesejahteraan semua.

Jutaan Terima Kasih yang tak terhingga kepada YB Dato' Mohd Naim B. Nasir, Encik Kamaluddin B. Bilal, Encik Salaha, Encik Saiful & semua para pelukis yang telah terlibat dalam menjayakan program yang penuh dengan sejarah ini. Terima Kasih juga kepada Saiful Hafiz, Wak, Ning & Mr. Lim.

Tiada ulasan: