Isnin, Disember 28, 2009

Pameran : PREVIEW #3 : seni @ hutan bandar, JB


Alhamdulillah, aktiviti seni tahunan edisi ketiga atas nama PREVIEW ini telah dapat direalisasikan pada hari Sabtu, 26 Disember 2009 & hari Ahad, 27 Disember 2009 yang lalu. Seramai 20 orang pelukis telah terlibat iaitu 18 orang dari sekitar negeri Johor, seorang dari Perak & seorang dari Indonesia :

johor : NORAZLAN AHMAD (skudai), ILSHAH SHAHBIR (masai), M. NAZIR (skudai), MD NOOR RAHMAN (jb), NAJIWA (jb), NASIR SURAIMI (pontian), YAHYA MOHAMED (jb), MD NOR BIDIN (jb), NORAFIZAH BASIRON (masai), ROHAWI (benut), LEMAK JR. (skudai), CHOO KOK CHOON (jb), CHRIS WONG (jb), RAZIERASHID (kota tinggi), ZAM HASSAN (pasir gudang), RAZALI JAAFAR (masai), A. HANAN (jb) & KOH AI CHOO (jb).

perak : SUHADA (ipoh)

indonesia : ASEK2 (jakarta)






Pelbagai aktiviti tunjuk cara seni telah diadakan seperti live portrait sketch, oil pastel portrait, water colour portrait & landscape, free style & stencil graffiti demo, hiasan inai, kraf pensil menggunakan kayu liat & sebagainya. Selain daripada orang awam, acara ini turut menerima kunjungan daripada pelukis2 yang tidak turut serta tetapi tetap hadir memberi sokongan seperti Mohamad Nazar dari Batu Pahat, Pak Sanip Lasman, Fakhrul Zaman & keluarga, Maba & keluarga dari Kuala Lumpur, TC Liew, Irwan Ariff, Zack & rakan2 dari JOHO, Syed Syahrul Zarizi dari Wonder Space & ramai lagi.




Semoga aktiviti tahunan ini dapat dilestarikan & diharapkan dapat menjadi motivasi kepada para penggiat seni & katalis kepada perkembangan budaya kreatif yang positif & produktif di JB. Segala aktiviti anjuran komuniti ditanggung oleh duit poket Norazlan Ahmad & Ilshah Shahbir sendiri. Dengan tulang empat kerat, cabaran disahut untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri & masyarakat. Pelukis ada tanggungjawab & ini adalah salah satu daripadanya.


Semoga pihak2 yang diberi kuasa dapat buka mata & seterusnya bertindak bersama agar matlamat semua menjadi nyata. Jutaan Terima Kasih yang tak terhingga kepada yang telah bertindak bersama2 komuniti. Jasa kalian sangat2 dihargai. Kepada yang belum, SERTAI KAMI SEMARAKKAN SENI DI JB!

10 ulasan:

syed syahrul zarizi b syed abdullah berkata...

Sungguh membanggakan! Insyallah, saya akan sokong samana yang termampu.

semoga terus sukses

KOMUNITI PELUKIS HUTAN BANDAR berkata...

TQ so much bro! keep on supporting each other.

bersama2 terus sukses :)

Cahaya Kekasih berkata...

wow....pic saye ada due..hehe

Tanpa Nama berkata...

jugak lukisan saye walupun xde pic saye,,,,,....hu3

KOMUNITI PELUKIS HUTAN BANDAR berkata...

sue, ni smua gambar2 drpd HP abg. mmg x banyak. yg lain ada dalam album FB q. gambar sue pun ada. apa2 pun TQ so much sertai kami :)

q, TQ so much sertai kami & tolong amik gambar. nice pics. nnt abg tolong tagkn mana2 yg berkenaan :)

Tanpa Nama berkata...

Tahniah! Seharusnya program ini dianjurkan oleh kerajaan negeri bahagian kesenian & kebudayaan, yayasan warisan johor & yang berkenaan. Usaha anda semua harus dipandang oleh pihak-pihak tersebut secara serius. Bukan sekadar menabur janji-janji palsu ketika kempen pilihanraya & kemudiannya sunyi sepi tanpa berita; hanya tahu makan gaji buta sahaja. Patut lah ramai pelukis-pelukis ternama johor mencipta nama di ibu kota. Selepas berjaya, mereka sendiri malu untuk kembali membantu.

Maaf. Sekadar berkongsi pandangan yang jujur. Teruskan usaha-usaha anda. Saya sangat-sangat berbangga ada juga yang tetap meneruskannya.
Tahniah sekali lagi!

Cahaya Kekasih berkata...

hehehe.....memang keje q amik gambar..kat camera abg lan lagu bnyk....q dulukan kat camera die sbb tu tugas q...heheh

KOMUNITI PELUKIS HUTAN BANDAR berkata...

terima kasih byk2 di atas pandangan yg diberikan. kami sgt2 menghargainya & ya, ini lah realiti yg perlu kami hadapi. insya Allah panjang umur murah rezeki, kami akan terus semarakkan seni di jb. jom, sertai kami!

q : terima kasih skali lg. jgn serik :)

Tanpa Nama berkata...

Tahniah!!! Pihak MBJB patut sokong & terus bantu anak-anak muda yang dedikasi macam ni. Seni dan budaya itu luas. Bukan setakat menyanyi dan menari. Tidak mahu juga pelbagai karenah birokrasi dan agenda-agenda politik yang tersembunyi.

Syabas sekali lagi kepada anak-anak muda ini dan teruskan usaha. Saya sangat berbangga dengan anda semua!

Abdul Jalil Abu Hassan,
Johor Bahru

KOMUNITI PELUKIS HUTAN BANDAR berkata...

terima kasih byk2 saudara Abdul Jalil Abu Hassan. kami sgt2 menghargainya :)