Sabtu, April 10, 2010

Pameran Seni : KURNIA CIPTA 2010


Kurnia Cipta 2010 memberi makna yang amat besar kepada penggiat Seni Tampak terutamanya kepada Pelukis Seni Informal (Self-Taught Artist) yang mana ia memberi maksud : bakat & minat yang dikurniakan @ anugerah daripada Maha Pencipta tanpa sokongan kelulusan pendidikan & kelayakan mereka hanya bersandarkan bakat semulajadi. Mereka tidak menggunakan istilah2 Seni Tampak yang mencabar selain menerima pakai pelbagai bentuk & gaya yang tidak terlalu menekan @ memerlukan justifikasi yang merumitkan.

Pameran anjuran Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama Myoutsiderart ini mengetengahkan seramai 35 orang pelukis seni tidak formal daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza seperti Adeputra, Chekri Mansor, Ali Akbar, Pyan Sharif, Shahrom Sulaiman, Waja, Hamdan Amirudin, Ungku Farah, Ismail Hj Baba, Amin Asa'at, Ronnie Mohamad, Donald Abraham, Rasyidah Maharam @ Zulkepli, Taib Abd Razak, Maba, M. Nazir, Zaharuddin Sarbini, Abby Zain, Mohd Fuad Abu Bakar, Kasbi Sarbini & ramai lagi. Sebanyak 85 buah karya telah dihimpunkan bagi memberi pendedahan & pengalaman kepada masyarakat untuk terus menyokong & menerokai idea2 lebih inovatif tanpa kongkongan & sempadan dengan kepelbagaian gaya & teknik.

Hari ini telah berlangsung Majlis Perasmian Pameran Kurnia Cipta 2010 di Galeri Seni Johor. Sebelah paginya telah diadakan Pertandingan Mereka Bentuk Tanah Liat (Plastersin) untuk pelajar2 sekolah rendah & Pertandingan Melukis Graffiti Atas Topi Keledar (Helmet) terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Selepas bacaan doa, majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Drs. Kamarudin Ab. Razak selaku Penolong Pengarah Pemuziuman, Yayasan Warisan Johor. Saudara Adeputra daripada Myoutsiderart pula memberi ucapan sebagai wakil pelukis & kemudiannya disusuli ucapan perasmian oleh Tuan Haji Jama Bin Johan iaitu Pengarah Yayasan Warisan Johor.

Seterusnya majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan2 yang telah diadakan. Bagi Pertandingan Melukis Graffiti Atas Topi Keledar (Helmet), Ilshah telah memenangi tempat Pertama, CuzWone tempat Kedua & Taib Abd Razak di tempat yang Ketiga.

Lawatan Pameran menjadi acara seterusnya & majlis diakhiri dengan Jamuan Ringan yang diserikan dengan persembahan Ghazal & tarian Zapin oleh Yayasan Warisan Johor. Pameran ini akan berlangsung selama 3 bulan.