Isnin, September 07, 2009

PERTANDINGAN SENI TAMPAK TERBUKA JOHOR 2009


1. LATAR BELAKANG

Pertandingan Terbuka Johor 2009 merupakan satu pertandingan menghasilkan karya seni visual dalam pelbagai teknik, idea dan tidak terikat dengan tajuk atau tema yang tertentu. Pengkarya berpeluang meluahkan hasil ekspresi dan kreativiti mereka dengan lebih meluas tanpa had dan sempadan. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi peluang pengkarya menerokai serta mendalami elemen dan media seni lukis dan seni reka dengan lebih kreatif dan inovatif selain dapat memperlihatkan kepakaran, kekreatifan dan sensitiviti mereka dalam menghasilkan karya.

2. PENGANJUR

Pertandingan ini anjuran Kerajaan Negeri Johor dan diselanggarakan oleh Galeri Seni Johor, Yayasan Warisan Johor.

3. OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan hubungan antara Kerajaan Negeri Johor dengan penggiat seni atau pengkarya.

3.2 Melahirkan pengkarya-pengkarya bidang seni tampak dengan idea-idea yang lebih kreatif dan inovatif selain tidak terikat dengan tajuk dan tema tertentu.

3.3 Mengumpul dan menambah koleksi khazanah seni yang tidak ternilai ini untuk tatapan masyarakat akan datang melalui Yayasan Warisan Johor.

3.4 Mengetengahkan karya-karya pelukis dengan ideanya yang lebih luas dan tidak hanya terikat dengan penceritaan Negeri Johor sahaja.

4. KATEGORI PERTANDINGAN


Kategori Karya Pertandingan adalah bebas.

5. SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN


1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas kecuali kakitangan Yayasan Warisan Johor.

2. Setiap hasil karya hendaklah berukuran minima 3 kaki x 4 kaki tidak termasuk bingkai. Karya yang tidak menepati ukuran akan ditolak.

3. Penyertaan perlu menggunakan borang penyertaan yang disediakan dan hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas serta tampalkan di belakang setiap karya. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan butiran lengkap biodata pelukis dan salinan kad pengenalan.

4. Karya perlu berserta dengan keterangan karya yang ditulis dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris (sekurang-kurangnya 100 patah perkataan) dan ditampal di belakang karya. Karya yang tiada maklumat lengkap akan ditolak.

5. Karya hendaklah asli dan baru dihasilkan pada tahun 2009 dan belum pernah menyertai atau memenangi mana-mana pertandingan.

6. Karya-karya hendaklah diserahkan kepada urus setia pertandingan dalam bentuk karya yang telah siap dipasang bingkai serta sedia untuk dipamerkan. Karya yang bersifat 3-D dengan teknik yang menyukarkan pihak penganjur mempamerkan karya tersebut tidak dibenarkan. Karya berbentuk instalasi dan melalui aplikasi computer juga tidak dibenarkan.

7. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kos yang ditanggung oleh peserta dan pihak penganjur juga tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kecuaian, kehilangan, kerosakan, kelewatan atau dalam apa bentuk yang membawa kemusnahan hasil karya peserta

8. Karya-karya yang menerima hadiah pertama, kedua, ketiga dan saguhati akan menjadi hak milik Yayasan Warisan Johor dan kami berhak mencetak atau menerbitkan semula hasil karya berkenaan. Pihak penganjur berhak untuk mempamerkan sebarang hasil karya yang menyertai pertandingan ini dalam tempoh 2 bulan semasa pertandingan di langsungkan. Karya boleh di ambil dalam tempoh dua bulan setelah keputusan diumumkan dan segala kos pengangkutan atau lain-lain adalah tanggungan peserta. Karya yang tidak di ambil lebih daripada 6 bulan akan dianggap sebagai hak milik Yayasan Warisan Johor.

9. Keputusan penghakiman adalah muktamad dan sebarang rayuan dan bantahan tidak diterima.

10. Yayasan Warisan Johor berhak memilih mana-mana karya tertentu untuk dimasukkan dalam sebarang bahan penerbitan rasmi jabatan tanpa tertakluk kepada masa dan tempoh dan perlu dimaklumkan kepada pemiliknya.

11. Karya-karya yang menyertai pertandingan ini hendaklah sampai di alamat seperti di bawah sebelum atau selewat-lewatnya pada 16 November 2009, jam 4.00 petang.

6. KEPUTUSAN PENGADIL


Penghakiman akan dibuat selepas tarikh tutup pertandingan iaitu pada 19 November 2009. Keputusan Penghakiman akan diumumkan pada 23 November 2009. Peserta yang berjaya akan dihubungi melalui surat dan telefon. Panel hakim yang dilantik adalah daripada artis-artis professional daripada bidang-bidang berkaitan.

7. MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH


Majlis bagi penyampaian hadiah bagi setiap peserta ialah pada 30 November 2009 jam 2.30 petang dan bertempat di Galeri Seni, Yayasan Warisan Johor.

8. PAMERAN


Karya-karya yang berjaya dalam pertandingan akan dipamerkan kepada orang ramai selama 2 bulan di Galeri Seni, Yayasan Warisan Johor bermula pada 30 November 2009 hingga 31 Januari 2010.

9. HADIAH


Tempat Pertama :
Hadiah Wang Tunai RM 10, 000
Cenderahati, Sijil Penyertaan

Tempat Kedua :
Hadiah Wang Tunai RM 7, 000
Cenderahati, Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga :
Hadiah Wang Tunai RM 5, 000
Cenderahati, Sijil Penyertaan

10 Hadiah Saguhati :
Hadiah Wang Tunai RM 1,000
Cenderahati, Sijil Penyertaan

Urusetia :

Pertandingan Terbuka Johor 2009
Galeri Seni Johor
Yayasan Warisan Johor,
JKR 144, Jalan Petrie,
81100 Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim

Tel : 07 – 2263266 / 07 – 2245488 / 07 – 2213148
Fax : 07 – 2260728

www.ywj.gov.my

9 ulasan:

.ejat. berkata...

pertandingan ni.
terbuka untuk orang selain dari johor ke?

arca bole diterima?

KOMUNITI PELUKIS HUTAN BANDAR berkata...

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Maksimum seorang peserta boleh hantar 2 buah karya sahaja.

Arca juga diterima. Berat mestilah tak lebih 20kg.

.ejat. berkata...

borang boleh didapati dimane?

KOMUNITI PELUKIS HUTAN BANDAR berkata...

Hubungi Urusetia :

Pertandingan Terbuka Johor 2009
Galeri Seni Johor
Yayasan Warisan Johor,
JKR 144, Jalan Petrie,
81100 Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim

Tel :
07 – 2263266
07 – 2245488
07 – 2213148

daengramliakil berkata...

Salam,
Saya akan hantar 4 buah lukisan Jumaat ini, insya-Allah. Terima kasih.
daeng ramliakil

daeng ramliakil@raden syahid berkata...

Salam, Untuk tahun hadapan, mohon naikkan hadiah, biar sama dengan novel $35,000 - biar seimbang aspek seninya. Terima kasih.

KOMUNITI PELUKIS HUTAN BANDAR berkata...

Salam.
Maksimum seorang peserta boleh hantar 2 buah karya sahaja.

Untuk makluman, kami bukan urusetia & sama sekali tidak terlibat dengan penganjuran pertandingan ini :)

iftidaliskillah berkata...

arca berat tak lebih 20 kg je ke? arca kertas ke ? arca besi tak boleh masuk ke?

KOMUNITI PELUKIS HUTAN BANDAR berkata...

Media untuk arca adalah bebas dengan syarat beratnya tak lebih 20kg.