Isnin, Mac 23, 2009

PANORAMA TAMAN MERDEKA

Selamat datang ke Taman Merdeka :) Bertemakan sejarah negara, taman yang seluas 7 ekar ini terbahagi kepada 9 kawasan utama iaitu Laman Kesultanan Melayu Johor, Laman Sultan Abu Bakar, Laman Peringatan Penjajahan Jepun, Laman Peringatan Penentangan Komunis, Laman Kedaulatan Raja-raja Melayu, Laman Semarak Kemerdekaan, Laman Malaysia, Padang Merdeka & Promenade Perarakan Kemerdekaan.

Kesemuanya dibina mengikut konsep sebagai contoh, di kawasan Laman Peringatan Penjajahan Jepun terdapat binaan kubu tentera Jepun. Hal ini sangat menarik dalam menyampaikan mesej rentetan sejarah negara kepada orang awam iaitu sambil beriadah dapat juga pengetahuan mengenai sejarah. Ianya adalah praktikal & bersifat interaktif semestinya sesuatu yang tidak patut dilepaskan oleh para pengunjung yang datang.

Terletak tidak jauh dari kawasan Hutan Bandar di Jalan Kolam Air & berdekatan dengan Kompleks Penyiaran Sultan Iskandar RTM. Destinasi riadah terbaru di JB ini telah mula dibina pada 1 September 2006. Majlis Pelancaran iaitu penyerahan daripada pihak kontraktor kepada pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bakal diadakan & sehubungan dengan itu, pihak Komuniti Pelukis Hutan Bandar telah dijemput untuk menjayakan program Preview Seni @ Taman Merdeka, JB pada tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Jom, sertai kami semarakkan seni di JB!

Tiada ulasan: