Acara terbesar dalam landskap Seni Kontemporari Malaysia yang menampilkan lebih 1,000 karya daripada 100 orang pengkarya tempatan dihimpunkan di dalam kawasan seluas 80,000 kaki persegi selama 90 hari!
Telah pun bermula pada 14 Mac lalu & akan berakhir pada 14 Jun 2009. Lokasinya di Tingkat 4, Danga City Mall, JB ini merangkumi 4 program utama iaitu Pameran Utama yang menampilkan himpunan koleksi karya2 terbaik oleh para pengkarya tempatan yang telah berjaya mencipta nama di dalam & di luar negara dengan menyertai pelbagai acara2 seni antarabangsa & program residensi serta telah memenangi pelbagai acara2 pertandingan seni. Mereka adalah Susyilawati Sulaiman, Kow Leong Kiang, Ahmad Fuad Osman, Chan Kok Hooi, Zulkifli Yusof, Abdul Multalib Musa, Hasnul Jamal Saidon & ramai lagi termasuk karya2 terbaik daripada pengkarya2 tersohor seperti Ahmad Zakii Anwar, Jalaini Abu Hassan & Yusof Ghani.Program kedua adalah Pameran Karya2 oleh golongan muda & baru tempatan yang mempraktikkan Seni Kontemporari. Mereka yang terpilih adalah yang terbaik, berpotensi & bakal meneruskan perkembangan positif yang cemerlang dalam landskap Seni Kontemporari Malaysia di mana ada di antaranya adalah pemenang Anugerah Seni Philip Morris, Anugerah Seni NOKIA & Anugerah Bakat Muda Sezaman Balai Seni Lukis Negara.
Kesemua karya yang layak akan dipertandingkan untuk Anugerah IMCAS iaitu program ketiga di dalam acara hebat ini. Panel pengadil diketuai oleh Ahmad Fuad Osman yang sememangnya telah banyak memenangi pelbagai Anugerah Seni & yang terbaru adalah Anugerah Pilihan Juri ketika Inaugral Asia Pacific Breweries Foundation Art Prize tahun lalu di Singapura.
Seterusnya adalah program Residensi yang dikelolakan oleh Hamir Soib daripada kumpulan seni Matahati yang juga pengasas Gudang. Melalui program ini, para pengkarya muda yang terlibat diberi peluang & ruang dalam memperkembangkan lagi amalan artistik mereka dalam berkarya.
Pemilihan lokasi acara di pusat membeli belah ini menjadikannya lebih dekat, interaktif & praktikal kepada masyarakat terhadap Seni Kontemporari tempatan. Tindakan 'pecah tradisi' oleh pihak penganjur yang optimis ini perlu dilihat dari sudut positif, dihargai & dicontohi oleh institusi2 lain yang berkaitan dengan perkembangan seni. Seiring dengan wawasan projek mega Iskandar Malaysia, IMCAS 2009 di lihat sebagai pemangkin dalam meletakkan asas yang kuat untuk Seni Kontemporari Malaysia di rantau Malaysia-Indonesia-Singapura seterusnya mencipta nama di peta Seni Kontemporari Dunia.
Peluang yang tidak seharusnya dilepaskan oleh semua bukan sahaja di Johor malah di seluruh negara. Inilah masa & peluang yang terbaik untuk menjadi seorang pengumpul Seni Kontemporari tempatan sebelum harga bagi setiap karya mula meningkat. Karya2 yang hebat perlu dilihat dengan dekat. Hadir, saksi, amati & miliki dengan penuh rasa bangga :)
Inilah SENI KONTEMPORARI BUATAN MALAYSIA!!!
Inilah SENI KONTEMPORARI BUATAN MALAYSIA!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan