Rabu, Oktober 14, 2009

MEA AWARD 2009 : Majlis Pembukaan & Penyampaian Hadiah

Malaysia Emerging Artist Award (MEA) 2009 adalah sebuah pengiktirafan yang sangat2 dinantikan oleh para seniman tempatan selepas ketiadaan agak lama majlis2 sebegini seperti Art Salon Malaysia, Anugerah Seni Philip Morris, Bakat Muda Sezaman & sebagainya. Inisiatif yang diambil oleh House of Matahati (HOM) & Galeri Chandan dengan kerjasama Soka Gakkai Malaysia ini harus dilestarikan & menjadi katalis kepada perkembangan landskap seni tempatan.

Anugerah ini terbuka kepada seniman2 tempatan yang berumur 18 hingga 35 tahun dengan penyertaan 3 buah karya 2D atau 3D yang akan dipilih untuk dipamerkan & diadili sebagai pemenang. Sejumlah 38 daripada 61 buah penyertaan terpilih dengan 94 buah karya sebagai finalis. 5 pemenang akan dipilih oleh 16 orang juri yang terdiri daripada seniman2 tersohor, pengumpul, pemilik2 galeri, pensyarah seni & kurator.



Acara pembukaan & penyampaian hadiah telah pun selamat disempurnakan pada hari Ahad, 11 Oktober 2009 yang lalu di Wisma Kebudayaan Soka Gakkai Malaysia, Jalan Bukit Bintang, KL oleh Y.Bhg Dato' Seri Abdul Azim Mohd Zabidi selaku Pengerusi Badan Pemegang Amanah Balai Seni Lukis Negara.

5 pemenang iaitu Samsudin Wahab, Gan Chin Lee, Shaifuddin Mamat, Mohd Al-Khuzairie Ali & Mohd Bakir Baharom telah dipilih untuk menerima wang tunai RM3000, baucar peralatan seni bernilai RM2000, 10 hari geran perjalanan ke Jogjakarta, Indonesia & pameran solo bagi setiap seorang.








Pameran akan berlangsung sehingga 18 Oktober 2009. 3 buah karya Ilshah Shahbir turut terpilih sebagai finalis.

2 ulasan:

kamal sabran berkata...

Tahniah Brader, teruskan berkarya.semoga berjaya :)

kamal sabran
seni untuk aids

KOMUNITI PELUKIS HUTAN BANDAR berkata...

TQ so much bro!!! sama2 la kita & keep on supporting each other!

salam seni dr JB :)