
Untuk kali pertamanya dalam sejarah seni visual Malaysia, hampir kesemua bentuk puisi klasik Melayu telah berjaya ditafsir dalam bentuk lukisan-lukisan indah & bermutu untuk diperagakan dalam pameran Tampannya Budi - The Beauty of The Malay Intellect.


Balai Seni Lukis Negara dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Institut Kajian Etnik (KITA) & Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya merealisasikan sebuah pameran berintipati kesusasteraan Melayu dengan penyertaan 127 orang pelukis & 163 buah karya bertemakan pantun, syair, gurindam, seloka, pepatah Melayu lama, peribahasa & sebagainya.


Ini adalah terjemahan keputusan kepada projek penyelidikan perintis yang bertajuk 'Budaya Visual Melayu' oleh Prof. Madya Salmah Abu Mansor, Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM dengan kerjasama Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, mantan Pengarah ATMA, UKM (1999-2007) & kini Pengarah Pengasas, Institut Kajian Etnik (KITA), UKM yang telah dilaksanakan sejak tahun 2006.


Dengan sambutan yang begitu menggalakkan, pameran unik ini telah pun selamat dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia; Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Bin Mohamad selaku Presiden Kehormat, Yayasan Kepimpinan Perdana pada hari Jumaat, 21 Ogos 2009 yang lalu.


Karya Norazlan Ahmad & Ilshah Shahbir turut terlibat. Pameran akan berlangsung sehingga 5 Oktober 2009. Sama-samalah kita nikmati santapan mata & santapan intelek ini yang julung-julung kalinya diadakan.















Acara pembukaan telah dilangsungkan pada 31 Julai 2009 yang lalu di House of MATAHATI, Ampang, Selangor.

Pameran yang akan berlangsung sehingga 2 Ogos 2009 ini menampilkan karya2 daripada Alexdrina Chong, Chu Yuan, Dill Malik, Dura, Fathullah Luqman, Fennie Chin, Jerome Kugan, Jun Kit, Maya Tan Abdullah, Nani Kahar, Norman Teh, Saiful Razman, Shahril Nizam & Sharaad Kuttan.
Pameran yang menampilkan karya2 dalam bentuk catan, lukisan, cetakan & arca ini telah selamat dirasmikan oleh U-Wei Hj Saari pada 18 Julai 2009 yang lalu bertempat di Galeri Artspace, Bangsar, KL.

