Selasa, Jun 23, 2009

Pameran : PELUKIS-PELUKIS JOHOR


Pada hari Ahad, 21 Jun lepas bertempat di Galeri Seni Johor telah diadakan majlis perasmian Pameran Pelukis-pelukis Johor. Seramai 8 orang pelukis telah terlibat iaitu Sanip Lasman, Yusof Ghani, Dr Abd Shukor, Lok Ek Sem, Tay Poi San, Hadi Salleh, Abdullah Yusof dan Roslan Idris di mana ianya telah pun selamat dirasmikan oleh Pengarah Yayasan Warisan Johor, Tuan Haji Jama B. Johan.
Rombongan pelajar dari Sekolah Seni Johor Bahru turut hadir selain jemputan & orang ramai yang telah memeriahkan lagi majlis yang berlangsung. Pameran ini dijangka akan berakhir pada pertengahan bulan Ogos 2009.

9 ulasan:

Shukor Yahya berkata...

Salamz kepada pelukis pelukis johor.

Alhamdulillah saya telah berkesempatan berada disitu bersama sama teman saya Yusof Ghani dan beberapa orang kakitangan dari Chandan Gallery.

Saya amat terharu dengan usaha tuan tuan itu.

Tetapi 'kami' dapati banyak kejanggalan di dalam pameran tersebut. YG sendiri kesal keran dia terheret dan terlibat bersama.

Daripada buku cenderamata, mutu hasil kreatif dan bangunan itu sendiri sebenarnya memberi nama burok kepada industri kreatif di Johor. Saya malu kerana saya ini juga pelukis Johor.

Tdak hairanlah kalau Ahmad Zaki Anwar yang tinggal berhampiran di situ memulaukan tuan tuan yang macam baru keluar hutan.

Tidak hairanlah kalau surat saya kepada Haji Jama' juga tidak terlayan olehnya. Kalau begitu cara mereka mengendalikan hasil industri kreatif, tidak payah lah ada galeri di JB. Kita boleh beralih ka Singapura. Dekat sahaja.

Ma'afkan saya berana lantang bersuara.
Teguran saya ini berniat untuk membina.

Ma'afkan saya.

KOMUNITI PELUKIS HUTAN BANDAR berkata...

Salamz En. Shukor Yahya.

First off, TQ byk2 kerana sudi singgah & memberi komen terhadap posting di dalam laman blog ini.

Utk makluman, kami pihak Komuniti Pelukis Hutan Bandar langsung tiada apa2 kaitan dengan pihak penganjur pameran Pelukis Johor iaitu Galeri Seni Johor di bawah kelolaan Yayasan Warisan Johor.

Apa sahaja yg dipaparkan berkaitan pameran anjuran mereka adalah sebagai laporan aktiviti pihak kami
yang dijemput untuk hadir ke majlis perasmian tersebut. Kami sendiri tidak tahu menahu mengenai hal2 kuratorial berkaitan pameran ini.

Hal yg En. Shukor Yahya bangkitkan sememangnya telah kami maklum. Oleh sebab itulah kami mengasaskan sendiri komuniti ini dengan sokongan pihak MBJB.

Saya sendiri berkesempatan berbual sebentar dgn YG & perasan kehadiran saudara. Oleh kerana sibuk melayan rakan2 yg hadir, tidak berkesempatan pula utk saya berbual dgn saudara.

Salam Perkenalan :)

SITI ZAINON ISMAIL berkata...

tahniah pameran pelukis johor...ah susahnya kami menggabungkan pelukis selangor. Nor terimakasih bergabung dalam Senirupasiti....

Norazlan Ahmad berkata...

Assalamualaikum Bonda Siti,
Terasa macam nama perempuan pula bila di gelar Nor. heh...heh... panggil saja saya Azlan atau Lan.;)

KOMUNITI PELUKIS HUTAN BANDAR berkata...

Terima Kasih bonda kerna sudi singgah di laman kami.

Salam seni :)

efotosintesis berkata...

salam...kepada ahli2 komuniti pelukis johor...

kami dari kumoniti foto johor..ingin mengucapkan tahniah atas penyedian portal komuniti seni di johor..sekurang2nya ianya dapat membantu kami untuk mendapatkan info mengenai seni viusal di johor ini...

tahniah!

KOMUNITI PELUKIS HUTAN BANDAR berkata...

salam kepada ahli2 komuniti foto johor...

terima kasih byk2 sudi singgah di laman blog kami. blog anda juga menarik dgn tatapan foto2 yg hebat. tahniah!

insya Allah ada rezeki, ruang & peluang boleh kita bekerjasama suatu hari nanti. stay in touch!

salam perkenalan Efotosintesis :)

Syahrul berkata...

Salam buat rakan2 pelukis. Baru berkesempatan singgah ke blog ni.Alhamdulillah dengan adanya info dari pelukis Johor/di sana, dapatlah tahu serba sedikit aktiviti seni di sana. Teruskan berinformasi....

KOMUNITI PELUKIS HUTAN BANDAR berkata...

Salam. Terima Kasih :)