Rabu, April 08, 2009

Pameran : MENJUNJUNG KASIH

Hari ini telah diadakan sebuah pameran sempena dengan Hari Keputeraan Sultan Johor. Seramai 10 orang pelukis telah terlibat dalam menjayakan pameran ini :

Nazir, Mohd Nor Rahman, Ramzan, Norazlan Ahmad, Ilshah Shahbir, Yahya Mohamed, Omar, Anai dari Batu Pahat & 2 orang pelukis dari Kuala Lumpur iaitu Ri & Ib.

Pameran ini merupakan yang pertama bagi tahun 2009 sebelum beberapa siri pameran yang akan datang. Ianya bagaikan 'reunion' kerana sudah agak lama sesama komuniti tidak berkarya bersama2 menjadikan hari ini sangat meriah dengan cerita perkembangan masing2. Tambahan pula dengan kehadiran sahabat2 seni dari Kuala Lumpur yang sudi datang untuk sama2 berkongsi pengalaman, pengetahuan, memberi sokongan di samping berkenal-kenalan. Terima Kasih Ri & Ib serta tidak lupa Anai dari Batu Pahat. Jangan serik ya :)

Ramai pengunjung yang hadir seperti mana tahun lepas meski pun hari yang menjadi cuti umum bagi negeri Johor ini hanyalah sehari sambutannya. Jualan & tempahan tetap ada malah hari ini banyak sesi perbincangan dengan pihak2 luar untuk program2 seni yang akan datang. Moga2 yang dirancang akan dapat direalisasikan. Insya Allah.

Tiada ulasan: