Pada hari Ahad, 21 Jun lepas bertempat di Galeri Seni Johor telah diadakan majlis perasmian Pameran Pelukis-pelukis Johor. Seramai 8 orang pelukis telah terlibat iaitu Sanip Lasman, Yusof Ghani, Dr Abd Shukor, Lok Ek Sem, Tay Poi San, Hadi Salleh, Abdullah Yusof dan Roslan Idris di mana ianya telah pun selamat dirasmikan oleh Pengarah Yayasan Warisan Johor, Tuan Haji Jama B. Johan.
Rombongan pelajar dari Sekolah Seni Johor Bahru turut hadir selain jemputan & orang ramai yang telah memeriahkan lagi majlis yang berlangsung. Pameran ini dijangka akan berakhir pada pertengahan bulan Ogos 2009.