Memaparkan catatan dengan label Pameran Seni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pameran Seni. Papar semua catatan

Ahad, April 18, 2010

Pameran Seni : KATA + TENAGA + DUA

Pada 17 April 2010 yang lalu, Ilshah Shahbir telah berkesempatan ke Kuala Lumpur berkunjung ke beberapa studio pelukis & galeri seni. Tidak berpeluang untuk memenuhi undangan ke majlis perasmian namun dua buah pameran tersebut dapat juga dikunjungi ekoran masih lagi di dalam tempoh pameran.

Majlis perasmian pameran KATA LUHUR oleh YBhg Datuk A.Samad Said di Balai Seni Lukis Negara telah diadakan pada 9 April 2010 yang lalu sempena menyambut hari lahir beliau yang ke 75.


KATA LUHUR merupakan pameran solo kedua A.Samad Said yang memaparkan kira-kira 100 buah lukisan daripada 11 siri karya terbaru beliau. Himpunan lukisan ini adalah cerminan pengalaman A.Samad Said yang sering bergelut dengan jerih getir memperjuangkan dunia kesusasteraan yang sudah begitu sebati dengan dirinya.

Berbanding dengan siri lakaran di dalam pameran solo pertama (Daerah Samad, 2007) yang kelihatan lebih halus, gestural dan meditatif, karya-karya terbaru ini menonjolkan sapuan yang lebih perkasa, ganas dan penuh yakin seiring dengan nuansa yang menyelubungi detik-detik pengkaryaan lukisan-lukisan tersebut.

KATA LUHUR adalah rakaman visual serta catatan batin bangsa sebuah era yang sarat dengan kisah resah gelisah serta gelora seorang sasterawan dalam menongkah sebuah kehidupan, berbaur dengan pelbagai episod yang mengitari daerah bahasa dan bangsanya.

Pameran anjuran bersama Balai Seni Lukis Negara & Pelita Hati House of Art & Nur Hanim Khairuddin selaku Kurator Jemputan ini akan berakhir pada 10 Mei 2010.

Anjuran Valentine Willie Fine Art & Suraya Warden sebagai Kurator, pameran seni berkumpulan THE ENERGY TRAP :Painting & Sculpture sedang berlangsung di The Annexe Gallery, Tingkat 2, Central Market Annexe, KL. Seramai 14 orang pengkarya catan & arca iaitu Abd Latiff Ahmad Padzali, Azam Aris, Cheong Tuck Wai, Fabian Tan, Gan ChinLee, Hee Chee Way, Lim Keh Soon, Lisa Foo, Low Eng Seng, Mohd Safwan Ahmad, Saiful Razman, Samsudin Wahab, Syafiq Ali'am, Tan Chee Hon & 2 orang pengkarya graffiti iaitu Bibichun & They telah turut serta.





Kepelbagaian media, teknik, bentuk & maksud telah menjadikan setiap hasilan karya menjadi unik & mempunyai identiti tersendiri sekali gus dapat membezakan setiap pengkarya yang terlibat. Majlis pembukaan telah diadakan pada 8 April 2010 yang lalu & pameran akan berlangsung sehingga 23 April 2010.

Pada sebelah malam 17 April 2010, majlis pembukaan pameran seni arca DUALITY oleh Abd Latiff Ahmad Padzali & Mohd Radzi Ismail telah berlangsung. Simon Soon berperanan sebagai Kurator pameran yang telah diadakan di HOM(House of Matahati) Taman Cempaka, Ampang menampilkan himpunan hasil seni arca yang menarik. Latiff selesa dengan objek2 harian sebagai medium utama & Radzi pula mahir dengan bahan tanah liat.






Inovasi & kreativiti mereka berdua penuh dengan inspirasi. Pameran yang telah pun bermula pada 12 April 2010 yang lalu akan berakhir pada 1 Mei 2010 & bagi yang berkesempatan, satu program Bicara Seni iaitu EXPANDED SCULPTURE : Inovasi dalam Seni Arca di Malaysia akan diadakan di HOM pada 24 April 2010 jam 3 petang.

Sabtu, April 10, 2010

Pameran Seni : KURNIA CIPTA 2010


Kurnia Cipta 2010 memberi makna yang amat besar kepada penggiat Seni Tampak terutamanya kepada Pelukis Seni Informal (Self-Taught Artist) yang mana ia memberi maksud : bakat & minat yang dikurniakan @ anugerah daripada Maha Pencipta tanpa sokongan kelulusan pendidikan & kelayakan mereka hanya bersandarkan bakat semulajadi. Mereka tidak menggunakan istilah2 Seni Tampak yang mencabar selain menerima pakai pelbagai bentuk & gaya yang tidak terlalu menekan @ memerlukan justifikasi yang merumitkan.

Pameran anjuran Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama Myoutsiderart ini mengetengahkan seramai 35 orang pelukis seni tidak formal daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza seperti Adeputra, Chekri Mansor, Ali Akbar, Pyan Sharif, Shahrom Sulaiman, Waja, Hamdan Amirudin, Ungku Farah, Ismail Hj Baba, Amin Asa'at, Ronnie Mohamad, Donald Abraham, Rasyidah Maharam @ Zulkepli, Taib Abd Razak, Maba, M. Nazir, Zaharuddin Sarbini, Abby Zain, Mohd Fuad Abu Bakar, Kasbi Sarbini & ramai lagi. Sebanyak 85 buah karya telah dihimpunkan bagi memberi pendedahan & pengalaman kepada masyarakat untuk terus menyokong & menerokai idea2 lebih inovatif tanpa kongkongan & sempadan dengan kepelbagaian gaya & teknik.

Hari ini telah berlangsung Majlis Perasmian Pameran Kurnia Cipta 2010 di Galeri Seni Johor. Sebelah paginya telah diadakan Pertandingan Mereka Bentuk Tanah Liat (Plastersin) untuk pelajar2 sekolah rendah & Pertandingan Melukis Graffiti Atas Topi Keledar (Helmet) terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Selepas bacaan doa, majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Drs. Kamarudin Ab. Razak selaku Penolong Pengarah Pemuziuman, Yayasan Warisan Johor. Saudara Adeputra daripada Myoutsiderart pula memberi ucapan sebagai wakil pelukis & kemudiannya disusuli ucapan perasmian oleh Tuan Haji Jama Bin Johan iaitu Pengarah Yayasan Warisan Johor.

Seterusnya majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan2 yang telah diadakan. Bagi Pertandingan Melukis Graffiti Atas Topi Keledar (Helmet), Ilshah telah memenangi tempat Pertama, CuzWone tempat Kedua & Taib Abd Razak di tempat yang Ketiga.

Lawatan Pameran menjadi acara seterusnya & majlis diakhiri dengan Jamuan Ringan yang diserikan dengan persembahan Ghazal & tarian Zapin oleh Yayasan Warisan Johor. Pameran ini akan berlangsung selama 3 bulan.












Isnin, Mac 29, 2010

Majlis Perasmian Pameran Lukisan & Fotografi ENDAU ROMPIN

Majlis perasmian telah berlangsung pada hari Isnin, 29 Mac 2010 oleh YAB Dato' Haji Abdul Ghani B. Othman, Menteri Besar Johor.



Majlis anjuran Kerajaan Negeri Johor & dikelolakan bersama oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri Johor, Gabungan Persatuan Pelukis Se-Malaysia (GAP's) & Persatuan Seni Lukis & Reka Cipta Negeri Johor (SERUPA) menampilkan 40 orang pelukis & jurufoto dengan 99 buah karya. Setiap karya menjadi terjemahan visual para pengkarya yang telah turut serta ketika ekspedisi melakar di Taman Negara Endau Rompin setahun yang lalu.


Pelbagai gaya, media, teknik & cerita dapat dilihat menerusi karya2 yang dipamerkan. YAB Menteri Besar sendiri telah sudi untuk meluangkan masa mendengar penerangan daripada setiap pengkarya yang terlibat termasuklah para pengkarya di sudut graffiti. Respon yang diberikan sangat bagus & tindakan susulan akan diusahakan agar aktiviti2 seni sebegini dapat diteruskan.













Isnin, Februari 08, 2010

Pameran Seni : KUALA LUMPUR DREAMING

Kuala Lumpur adalah sebuah kota metropolitan yang menjadi lubuk rezeki untuk 1.6 juta orang penghuninya. Ibu kota yang bukan sahaja menjanjikan peluang pekerjaan malah mampu mengubah gaya hidup seseorang menjadi lebih moden & kontemporari. Apa yang pasti, setiap orang datang ke Kuala Lumpur dengan impian & cita2 tersendiri.


Seiring dengan pameran fotografi Beyond Our City : Lights & Myths oleh Goethe Institut Malaysia, pada 4 Februari 2010 yang lalu telah berlangsung malam pembukaan pameran seni Kuala Lumpur Dreaming. Bertempat di The Annexe Gallery, Central Market, KL seramai 30 orang pengkarya termasuk komuniti pelarian Myanmar, orang asli & kanak2 HIV telah terlibat dalam menjayakan pameran seni dengan tema yang sangat menarik ini melalui hasil catan, arca, kolaj, mural, foto & instalasi.




Antara pengkaryanya adalah Ahmad Longgo, Amir Muhammad, Bright Lights At Midnight, Esther Horn, Fathul Luqman Yusuff, Ilshah Shahbir, Julya Oui, The Kachin Refugee Women, Kamarulzaman, Liza Manshoor, Lomokids, Mor Ajani, Mulyadi Mohd, Niki Cheong, Raja Azhar Idris, Rosli bin Mohd, Rumah Solehah, Sabina Arokiam, Sharaad Kuttan, Shieko Reto, Terry Law, Vignes Balasingam, Yeoh Lian Heng & Yusmalaily Atan.




Malam pembukaan diserikan dengan persembahan muzik oleh High Wind (Encounter MPO) & "Suggestions For Lunch Time Activities In KL For Busy Government Workers : 4. Sleeping In Art Gallery" oleh CIPAN & The Best Art Show In The Univers.



Pameran ini akan berlangsung sehingga 21 Februari 2010 daripada pukul 11 pagi hingga 8 malam untuk hari Ahad hingga Khamis, manakala pada hari Jumaat & Sabtu pula bermula 11 pagi sehingga pukul 9.30 malam. Masuk adalah percuma.