Isnin, Mac 29, 2010

Majlis Perasmian Pameran Lukisan & Fotografi ENDAU ROMPIN

Majlis perasmian telah berlangsung pada hari Isnin, 29 Mac 2010 oleh YAB Dato' Haji Abdul Ghani B. Othman, Menteri Besar Johor.



Majlis anjuran Kerajaan Negeri Johor & dikelolakan bersama oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri Johor, Gabungan Persatuan Pelukis Se-Malaysia (GAP's) & Persatuan Seni Lukis & Reka Cipta Negeri Johor (SERUPA) menampilkan 40 orang pelukis & jurufoto dengan 99 buah karya. Setiap karya menjadi terjemahan visual para pengkarya yang telah turut serta ketika ekspedisi melakar di Taman Negara Endau Rompin setahun yang lalu.


Pelbagai gaya, media, teknik & cerita dapat dilihat menerusi karya2 yang dipamerkan. YAB Menteri Besar sendiri telah sudi untuk meluangkan masa mendengar penerangan daripada setiap pengkarya yang terlibat termasuklah para pengkarya di sudut graffiti. Respon yang diberikan sangat bagus & tindakan susulan akan diusahakan agar aktiviti2 seni sebegini dapat diteruskan.













Ahad, Mac 28, 2010

DEMO GRAFFITI @ DANGA CITY MALL, JB

Sabtu, 27 Mac 2010

Hari pertama demo graffiti di dalam galeri seni di tingkat 4, Danga City Mall dimulakan oleh 8 orang pengkarya iaitu RN, PakYa, Dres, Medea, CuzWone, Ilshah, Sonea & Asek02 dari Indonesia. Selepas pembahagian & pemilihan ruang dinding, para pengkarya bersiap sedia dengan kelengkapan masing2 termasuk lakaran & visual rujukan. Bermula pada pukul 2 petang sehingga jam 10 malam segala kerja2 awal proses penghasilan karya dilengkapkan. Dengan tema 'Endau Rompin' variasi teknik, gaya, media, warna & bentuk dapat dilihat mula menghiasi dinding2 di ruang galeri yang telah disediakan untuk demo graffiti ini.



Para pengunjung yang hadir berkesempatan mengambil gambar & berinteraksi dengan para pengkarya. Datuk Mahsun iaitu salah seorang pelukis yang terlibat dengan Pameran Lukisan Endau Rompin ini turut membuat lakaran secara langsung aktiviti2 para pengkarya ketika menyiapkan hasil graffiti2 mereka.




Ahad, 28 Mac 2010

Hari kedua, Mile09 dari Kuala Lumpur & Newa dari Singapura hadir melengkapkan barisan pengkarya dengan karya2 mereka. Proses penghasilan karya diteruskan sambil para pengkarya berkongsi pengalaman & pengetahuan antara satu sama lain mengenai teknik, media, gaya & sebagainya. Sesi fotografi & rakaman video mengakhiri aktiviti demo graffiti ini yang telah dimulakan sejak jam 10 pagi. Esok adalah hari perasmian & meski pun penat, para pengkarya begitu teruja untuk mengetahui respon daripada komuniti2 seni & barisan2 VIP terutamanya MB! :)










Khamis, Mac 25, 2010

DEMONSTRASI GRAFFITI @ Danga City Mall, JB


Galeri Seni, Tingkat 4, Danga City Mall, JB

SABTU, 27 MAC 2010 ( 2 petang - 9 malam )
AHAD, 28 MAC 2010 ( 10 pagi - 9 malam )

Acara ini adalah salah satu acara sempena Pameran Lukisan & Fotografi MELAKAR BUDAYA WARISAN BANGSA : ENDAU ROMPIN

Jom, saksikan barisan pengkarya graffiti Malaysia, Singapura & Indonesia mempamerkan aksi seni mereka yang julung2 kali diadakan di dalam galeri seni!!!

Sabtu, Mac 06, 2010

MELAKAR BUDAYA WARISAN BANGSA : ENDAU ROMPIN

Pameran Lukisan dan Fotografi

Pameran ini adalah lanjutan daripada Ekspedisi Lakar Endau Rompin yang telah dijayakan oleh 36 orang pelukis dan jurufoto pada 23 Mac 2009 lalu terdiri daripada ahli2 'Gabungan Persatuan Pelukis Semalaysia' - GAPS.

Perasmian pada hari ISNIN, 29 MAC 2010 JAM 3.30 PETANG oleh :

YAB Dato' Hj. Abdul Ghani Bin Othman
Menteri Besar Johor Darul Takzim


25 MAC - 11 APRIL 2010*
Danga City Mall,

Johor Bahru, Johor

*Tarikh baru sehingga 11 APRIL 2010 bukannya sehingga 18 APRIL 2010. Harap Maklum :)


Jumaat, Mac 05, 2010

Khamis, Mac 04, 2010