Jumaat, September 25, 2009

PERTANDINGAN SENI LUKIS TERBUKA PESTA PULAU PINANG 2009


"Muzik Menerusi Spektrum Seni"

Penyertaan hendaklah sampai ke Balai Seni Lukis Pulau Pinang selewat-lewatnya pada hari JUMAAT, 30 OKTOBER 2009 sebelum pukul 4.30 petang.

Segala maklumat lanjut terdapat pada borang penyertaan yang boleh dimuat turun di :

Khamis, September 24, 2009

PERTANDINGAN SENI UNTUK AIDS MALAYSIA


Penyertaan adalah PERCUMA!

Tema : “Fighting AIDS with ART”

Objektif :
Mewujudkan kesedaran dan keperihatinan masyarakat terhadap HIV/AIDS melalui karya seni.

Karya media bebas (poster, photography, graphic, painting, kolaj, lakaran, comic... dsb)

Hadiah pertama RM1000 ,
ke dua RM500 ,
ke tiga RM250 ,
penghargaan RM100 x 10 ,
saguhati RM50 x 17
Berserta sijil penyertaan

Tarikh tutup penyertaan : 31 OKTOBER 2009

Langkah mudah!

1) Hasilkan karya terbaik anda!
2) Scan/shoot kembali karya anda (resolusi sederhana jpeg) max 1MB / jgn hantar karya asal.
3) Emailkan karya anda ke : seniuntukaids@gmail.com
4) Karya anda akan di upload ke pameran online (http://seniuntukaids.blogspot.com/)
5) 30 karya terbaik akan di adili ke peringkat akhir.
6) Pemenang diumumkan.
7) Pameran sempena Hari AIDS Sedunia.

**Pameran akan mempamerkan karya yang dicetak sahaja. Karya asli tidak perlu dihantar. Tempat pameran akan diumumkan kelak.

Syarat :

1) Terbuka kepada warga negara Malaysia 18 tahun ke atas sahaja.
2) Sila hantar file format jpeg dgn resolusi sederhana max 1MB.
3) Kelab Prostar Malaysia / penganjur mempunyai kuasa untuk menerbit, mencetak ke dalam apa jua bentuk sekali pun.
4) Peserta boleh menghantar seberapa banyak karya mereka.
5) Keputusan juri adalah muktamad.
6) Pemenang akan dihubungi melalui email.
7) Penganjur berhak menapis dan menolak sebarang karya yang tidak sesuai.

Sertakan :

Nama, Alamat, Facebook, Email, No Hp, Saiz, Media, Tajuk
Penyataan karya (max 50 patah kata)

Sebarang pertanyaan : seniuntukaids@gmail.com

Anjuran :
Kelab Prostar Malaysia dengan kerjasama APDR (Angkatan Pelukis Darulridzuan)

Khamis, September 17, 2009

PAMERAN LUKISAN AMAL '1MALAYSIA' : Jiwa Ke Visual

Pada 14 September 2009 yang lepas, En. Farid Azmi Abdul Aziz daripada Alliance Foundation telah memaklumkan bahawa tarikh tutup penghantaran karya untuk penyertaan Pameran Amal '1Malaysia' : Jiwa Ke Visual di Memorial Tun Hussein Onn, KL sekali lagi dilanjutkan sehingga bulan Disember 2009 kerana perubahan jadual YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Untuk maklumat lanjut, layari lawan web rasmi & abaikan tarikh2 yang dipaparkan.

Isnin, September 07, 2009

PERTANDINGAN SENI TAMPAK TERBUKA JOHOR 2009


1. LATAR BELAKANG

Pertandingan Terbuka Johor 2009 merupakan satu pertandingan menghasilkan karya seni visual dalam pelbagai teknik, idea dan tidak terikat dengan tajuk atau tema yang tertentu. Pengkarya berpeluang meluahkan hasil ekspresi dan kreativiti mereka dengan lebih meluas tanpa had dan sempadan. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi peluang pengkarya menerokai serta mendalami elemen dan media seni lukis dan seni reka dengan lebih kreatif dan inovatif selain dapat memperlihatkan kepakaran, kekreatifan dan sensitiviti mereka dalam menghasilkan karya.

2. PENGANJUR

Pertandingan ini anjuran Kerajaan Negeri Johor dan diselanggarakan oleh Galeri Seni Johor, Yayasan Warisan Johor.

3. OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan hubungan antara Kerajaan Negeri Johor dengan penggiat seni atau pengkarya.

3.2 Melahirkan pengkarya-pengkarya bidang seni tampak dengan idea-idea yang lebih kreatif dan inovatif selain tidak terikat dengan tajuk dan tema tertentu.

3.3 Mengumpul dan menambah koleksi khazanah seni yang tidak ternilai ini untuk tatapan masyarakat akan datang melalui Yayasan Warisan Johor.

3.4 Mengetengahkan karya-karya pelukis dengan ideanya yang lebih luas dan tidak hanya terikat dengan penceritaan Negeri Johor sahaja.

4. KATEGORI PERTANDINGAN


Kategori Karya Pertandingan adalah bebas.

5. SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN


1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas kecuali kakitangan Yayasan Warisan Johor.

2. Setiap hasil karya hendaklah berukuran minima 3 kaki x 4 kaki tidak termasuk bingkai. Karya yang tidak menepati ukuran akan ditolak.

3. Penyertaan perlu menggunakan borang penyertaan yang disediakan dan hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas serta tampalkan di belakang setiap karya. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan butiran lengkap biodata pelukis dan salinan kad pengenalan.

4. Karya perlu berserta dengan keterangan karya yang ditulis dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris (sekurang-kurangnya 100 patah perkataan) dan ditampal di belakang karya. Karya yang tiada maklumat lengkap akan ditolak.

5. Karya hendaklah asli dan baru dihasilkan pada tahun 2009 dan belum pernah menyertai atau memenangi mana-mana pertandingan.

6. Karya-karya hendaklah diserahkan kepada urus setia pertandingan dalam bentuk karya yang telah siap dipasang bingkai serta sedia untuk dipamerkan. Karya yang bersifat 3-D dengan teknik yang menyukarkan pihak penganjur mempamerkan karya tersebut tidak dibenarkan. Karya berbentuk instalasi dan melalui aplikasi computer juga tidak dibenarkan.

7. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kos yang ditanggung oleh peserta dan pihak penganjur juga tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kecuaian, kehilangan, kerosakan, kelewatan atau dalam apa bentuk yang membawa kemusnahan hasil karya peserta

8. Karya-karya yang menerima hadiah pertama, kedua, ketiga dan saguhati akan menjadi hak milik Yayasan Warisan Johor dan kami berhak mencetak atau menerbitkan semula hasil karya berkenaan. Pihak penganjur berhak untuk mempamerkan sebarang hasil karya yang menyertai pertandingan ini dalam tempoh 2 bulan semasa pertandingan di langsungkan. Karya boleh di ambil dalam tempoh dua bulan setelah keputusan diumumkan dan segala kos pengangkutan atau lain-lain adalah tanggungan peserta. Karya yang tidak di ambil lebih daripada 6 bulan akan dianggap sebagai hak milik Yayasan Warisan Johor.

9. Keputusan penghakiman adalah muktamad dan sebarang rayuan dan bantahan tidak diterima.

10. Yayasan Warisan Johor berhak memilih mana-mana karya tertentu untuk dimasukkan dalam sebarang bahan penerbitan rasmi jabatan tanpa tertakluk kepada masa dan tempoh dan perlu dimaklumkan kepada pemiliknya.

11. Karya-karya yang menyertai pertandingan ini hendaklah sampai di alamat seperti di bawah sebelum atau selewat-lewatnya pada 16 November 2009, jam 4.00 petang.

6. KEPUTUSAN PENGADIL


Penghakiman akan dibuat selepas tarikh tutup pertandingan iaitu pada 19 November 2009. Keputusan Penghakiman akan diumumkan pada 23 November 2009. Peserta yang berjaya akan dihubungi melalui surat dan telefon. Panel hakim yang dilantik adalah daripada artis-artis professional daripada bidang-bidang berkaitan.

7. MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH


Majlis bagi penyampaian hadiah bagi setiap peserta ialah pada 30 November 2009 jam 2.30 petang dan bertempat di Galeri Seni, Yayasan Warisan Johor.

8. PAMERAN


Karya-karya yang berjaya dalam pertandingan akan dipamerkan kepada orang ramai selama 2 bulan di Galeri Seni, Yayasan Warisan Johor bermula pada 30 November 2009 hingga 31 Januari 2010.

9. HADIAH


Tempat Pertama :
Hadiah Wang Tunai RM 10, 000
Cenderahati, Sijil Penyertaan

Tempat Kedua :
Hadiah Wang Tunai RM 7, 000
Cenderahati, Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga :
Hadiah Wang Tunai RM 5, 000
Cenderahati, Sijil Penyertaan

10 Hadiah Saguhati :
Hadiah Wang Tunai RM 1,000
Cenderahati, Sijil Penyertaan

Urusetia :

Pertandingan Terbuka Johor 2009
Galeri Seni Johor
Yayasan Warisan Johor,
JKR 144, Jalan Petrie,
81100 Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim

Tel : 07 – 2263266 / 07 – 2245488 / 07 – 2213148
Fax : 07 – 2260728

www.ywj.gov.my