Selasa, Mac 24, 2009

Pameran : ISKANDAR MALAYSIA CONTEMPORARY ART SHOW (IMCAS 2009)

Acara terbesar dalam landskap Seni Kontemporari Malaysia yang menampilkan lebih 1,000 karya daripada 100 orang pengkarya tempatan dihimpunkan di dalam kawasan seluas 80,000 kaki persegi selama 90 hari!

Telah pun bermula pada 14 Mac lalu & akan berakhir pada 14 Jun 2009. Lokasinya di Tingkat 4, Danga City Mall, JB ini merangkumi 4 program utama iaitu Pameran Utama yang menampilkan himpunan koleksi karya2 terbaik oleh para pengkarya tempatan yang telah berjaya mencipta nama di dalam & di luar negara dengan menyertai pelbagai acara2 seni antarabangsa & program residensi serta telah memenangi pelbagai acara2 pertandingan seni. Mereka adalah Susyilawati Sulaiman, Kow Leong Kiang, Ahmad Fuad Osman, Chan Kok Hooi, Zulkifli Yusof, Abdul Multalib Musa, Hasnul Jamal Saidon & ramai lagi termasuk karya2 terbaik daripada pengkarya2 tersohor seperti Ahmad Zakii Anwar, Jalaini Abu Hassan & Yusof Ghani.

Program kedua adalah Pameran Karya2 oleh golongan muda & baru tempatan yang mempraktikkan Seni Kontemporari. Mereka yang terpilih adalah yang terbaik, berpotensi & bakal meneruskan perkembangan positif yang cemerlang dalam landskap Seni Kontemporari Malaysia di mana ada di antaranya adalah pemenang Anugerah Seni Philip Morris, Anugerah Seni NOKIA & Anugerah Bakat Muda Sezaman Balai Seni Lukis Negara.

Kesemua karya yang layak akan dipertandingkan untuk Anugerah IMCAS iaitu program ketiga di dalam acara hebat ini. Panel pengadil diketuai oleh Ahmad Fuad Osman yang sememangnya telah banyak memenangi pelbagai Anugerah Seni & yang terbaru adalah Anugerah Pilihan Juri ketika Inaugral Asia Pacific Breweries Foundation Art Prize tahun lalu di Singapura.

Seterusnya adalah program Residensi yang dikelolakan oleh Hamir Soib daripada kumpulan seni Matahati yang juga pengasas Gudang. Melalui program ini, para pengkarya muda yang terlibat diberi peluang & ruang dalam memperkembangkan lagi amalan artistik mereka dalam berkarya.

Pemilihan lokasi acara di pusat membeli belah ini menjadikannya lebih dekat, interaktif & praktikal kepada masyarakat terhadap Seni Kontemporari tempatan. Tindakan 'pecah tradisi' oleh pihak penganjur yang optimis ini perlu dilihat dari sudut positif, dihargai & dicontohi oleh institusi2 lain yang berkaitan dengan perkembangan seni. Seiring dengan wawasan projek mega Iskandar Malaysia, IMCAS 2009 di lihat sebagai pemangkin dalam meletakkan asas yang kuat untuk Seni Kontemporari Malaysia di rantau Malaysia-Indonesia-Singapura seterusnya mencipta nama di peta Seni Kontemporari Dunia.
Peluang yang tidak seharusnya dilepaskan oleh semua bukan sahaja di Johor malah di seluruh negara. Inilah masa & peluang yang terbaik untuk menjadi seorang pengumpul Seni Kontemporari tempatan sebelum harga bagi setiap karya mula meningkat. Karya2 yang hebat perlu dilihat dengan dekat. Hadir, saksi, amati & miliki dengan penuh rasa bangga :)

Inilah SENI KONTEMPORARI BUATAN MALAYSIA!!!

Isnin, Mac 23, 2009

PANORAMA TAMAN MERDEKA

Selamat datang ke Taman Merdeka :) Bertemakan sejarah negara, taman yang seluas 7 ekar ini terbahagi kepada 9 kawasan utama iaitu Laman Kesultanan Melayu Johor, Laman Sultan Abu Bakar, Laman Peringatan Penjajahan Jepun, Laman Peringatan Penentangan Komunis, Laman Kedaulatan Raja-raja Melayu, Laman Semarak Kemerdekaan, Laman Malaysia, Padang Merdeka & Promenade Perarakan Kemerdekaan.

Kesemuanya dibina mengikut konsep sebagai contoh, di kawasan Laman Peringatan Penjajahan Jepun terdapat binaan kubu tentera Jepun. Hal ini sangat menarik dalam menyampaikan mesej rentetan sejarah negara kepada orang awam iaitu sambil beriadah dapat juga pengetahuan mengenai sejarah. Ianya adalah praktikal & bersifat interaktif semestinya sesuatu yang tidak patut dilepaskan oleh para pengunjung yang datang.

Terletak tidak jauh dari kawasan Hutan Bandar di Jalan Kolam Air & berdekatan dengan Kompleks Penyiaran Sultan Iskandar RTM. Destinasi riadah terbaru di JB ini telah mula dibina pada 1 September 2006. Majlis Pelancaran iaitu penyerahan daripada pihak kontraktor kepada pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bakal diadakan & sehubungan dengan itu, pihak Komuniti Pelukis Hutan Bandar telah dijemput untuk menjayakan program Preview Seni @ Taman Merdeka, JB pada tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Jom, sertai kami semarakkan seni di JB!

Jumaat, Mac 13, 2009

CALLING FOR ENTRY!!!

Sempena dengan Majlis Pelancaran Taman Merdeka, pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan sukacitanya telah mengundang pihak Komuniti Pelukis Hutan Bandar untuk bekerjasama & turut serta dalam program :

PREVIEW SENI @ taman merdeka, JB

aktiviti :
1) PAMERAN LUKISAN
2) DEMONSTRASI MELUKIS
3) JUALAN KARYA

tarikh :
TELAH DITUNDA OLEH PIHAK MBJB.
TARIKH BARU AKAN DIMAKLUMKAN NANTI.

tempat :
LAMAN MALAYSIA, TAMAN MERDEKA, JB

bayaran penyertaan :
SEORANG HANYA RM30 SAHAJA!

Oleh hal yang demikian, dengan ini pihak kami sangat mengalu-alukan penyertaan daripada semua pelukis bukan sahaja di Johor malah terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dari seluruh negara untuk sama-sama terlibat dalam program ini. Untuk maklumat lanjut, segera hubungi :

NORAZLAN AHMAD
013 - 7256 709

ILSHAH SHAHBIR
012 - 3818 369

Cepat! Tempat adalah terhad!

Khamis, Mac 12, 2009

TAMAN MERDEKA

Rabu, 11 Mac 2009

Petang tadi Norazlan Ahmad & Ilshah Shahbir telah bertemu dengan Encik Salaha selaku Pegawai Koordinator Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Hutan Bandar bagi membincangkan program kerjasama untuk Majlis Pelancaran Taman Merdeka.

Bagi memperjelaskan lagi idea2 yang sedang dibincangkan, kami semua telah ke Taman Merdeka bagi meninjau kawasan2 program yang sememangnya terletak tidak jauh dari kawasan Hutan Bandar.

Nak tau apa yang telah kami bincangkan?

Nantikan posting terbaru tak lama lagi & disusuli juga berita2 terkini aktiviti Komuniti Pelukis Hutan Bandar. Tungguuu..... :)