Jumaat, Februari 27, 2009

Pameran : GO BLOCK

Bermula pada 5 Februari & berakhir pada 13 Mac 2009 di Galeri Petronas, Tingkat 3, Suria KLCC menampilkan karya2 terbaru 5 orang Pengkarya Seni Cetak Kontemporari Malaysia iaitu Juhari Said, Zulkifli Yusoff, Izan Tahir, Kim Ng & Shahrul Jamili.


Pada 21 Februari lalu, Ilshah Shahbir telah berkesempatan mengikuti program Bicara Seni bersama2 kurator tamu Badrolhisham Tahir & para pengkarya yang terlibat.

Pameran : AMAL PALESTIN 2009

Bertempat di Balai Seni Lukis Negara, KL telah berlangsungya Program Amal Palestin 2009 bermula 7 Februari hingga 28 Februari 2009 dengan tujuan mengumpulkan dana bagi membantu rakyat Palestin.


Majlis perasmian telah diadakan pada hari Jumaat, 20 Februari 2009 lalu oleh Yang Berbahagia Datin Paduka Marina Mahathir iaitu sehari selepas pemergian Pelukis Tersohor Negara, Allahyarham Dato' Ibrahim Hussein. 2 buah karya Ilshah Shahbir turut terlibat dalam menjayakan program amal ini bersama2 dengan lebih 400 buah karya yang lain.

Rabu, Februari 25, 2009

Dalam Kenangan : ALLAHYARHAM DATO' IBRAHIM HUSSEIN (13 Mac 1936 - 19 Februari 2009)

Jam 4.30 pagi di Pantai Medical Centre, KL pada hari Khamis, 19 Februari 2009 telah pergi buat selamanya Pelukis Tersohor Negara, Allahyarham Dato' Ibrahim Hussein akibat masalah jantung. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, KL pada petang hari yang sama.

Penerima Tokoh Melayu Terbilang sempena ulang tahun UMNO yang ke-61 ini merupakan perintis & pejuang di dalam dunia seni lukis. Karyanya begitu bersih, teliti & berdisiplin. Sifatnya yang sangat merendah diri & tidak pernah jemu mencurahkan idea di dada kanvas, menjadikannya sangat dihormati & menjadi role model kepada pelukis2 muda.

Kejayaannya pula bukan sahaja diukir di dalam negara malah diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan anugerah & siri pameran solo selain mempunyai galerinya sendiri.


Sebagai penghargaan, Balai Seni Lukis Negara meletakkan sebuah karya Allahyarham iaitu Genting (78) di pintu masuk utama. Sebuah pameran tribute juga bakal diadakan.

Semoga roh Pelukis Tersohor Negara, Allahyarham Dato' Ibrahim Hussein ditempatkan di kalangan para solihin & dicucuri rahmat oleh Allah SWT hendaknya. Al Fatihah.

Pameran : SENI KHAT 2009

Norazlan Ahmad, M. Nazir & Ilshah Shahbir telah turut hadir semasa Majlis Perasmian Pameran Seni Khat 2009 pada 15 Februari yang lalu di Galeri Seni Johor. Sebuah karya Cikgu Nasir turut terlibat dalam pameran yang dijangka akan berakhir pada penghujung bulan Mac nanti.


Satu pertandingan menulis Seni Khat Kreatif turut diadakan pada hari yang sama selain demonstrasi menulis di perkarangan luar galeri.

Selasa, Februari 17, 2009

SALAM SENI!

Salam seni kepada semua pengunjung2 laman blog Komuniti Pelukis Hutan Bandar. Semoga hari2 anda dilimpahi rahmat & kebahagiaan dalam meneruskan kehidupan.

Jutaan maaf kami pohon kerna sudah agak lama tiada sebarang info terkini yang dapat dipaparkan di dalam blog ini. Ini adalah kerana faktor kesibukan kerja & komitmen2 lain yang tidak dapat dielakkan.

Namun begitu, segala perancangan untuk tahun 2009 tetap berjalan dengan lancar di mana beberapa siri perbincangan sedang diusahakan untuk merealisasikan segala yang telah dirancang.

Insya Allah dalam tempoh terdekat ini akan dipaparkan berita & aktiviti2 terkini Komuniti Pelukis Hutan Bandar.

Teruskan melayari laman blog ini & jadilah sahabat kami dengan mengikuti blog ini. Terima Kasih!